Friday, March 30, 2012

BERITA BAIK TERKINI...

Seminar Wakil-wakil
Assalamualaikumwarahmatullah dan didoakan semuaya kaya dan berjaya di dunia akhirat. Sentiasa mendapat keredhaan dan limpahan kasih sayang Allah s.w.t. Amin..amin... ya Rabbal Alamin.

Syukur ke hadrat Allah di atas limpah keizinannya, pada 24 dan 25 Mac 2012 lepas telah berlangsung satu seminar ringkas dan suai kenal semua wakil-wakil TDE ISS seluruh Malaysia. Pertemuan dan perancanganNya yang amat sempurna telah menemukan di sebuah lokasi menarik di Tiara Beach Resort Port Dickson Alhamdulillah...alhamdulillah...
Tujuan utama adalah untuk menyampaikan kepada semua wakil agar dapat diselaraskan mengenai penyampaian kepada semua rakyat. Semoga diperkenankan olehNya.

Satu lagi penambahbaikan yang pastinya sangat membuatkan kita terharu adalah tawaran mengerjakan umrah. Subhanallah. Dengan keizinanNya juga timbul idea untuk menetapkan bayaran serendah RM300 sahaja bagi yang telah menjadi ahli TDE ISS dan melayakkan untuk mengerjakan umrah setahun akan datang. 

Tuan-tuan bayangkan saja berapa sebenarnya kos untuk mengerajakan umrah? Jika tidak silap saya, kos melebihi RM5000 jadi tidakkan patut kita rasa bersyukur di atas rezeki dari Allah ini untuk kita semua Dengan pembayaran pendaftaran RM300 sahaja maka kita layak untuk ke tanah haram Makkah bagi mengerjakan umrah. Bukan itu sahaja, Tempat tinggal dan duit kocek sebanyak RM1000 turut diberi. Masyaallah... Allahuakbar!!!

Jadi satu persatu penambahbaikan yang bakal direalisasikan secara berperingkat. Mengapa masih ada lagi sikap "kenapa" dalam diri. Jangan jadi yang terakhir untuk merebut peluang ini. Segala prancangan dari Allah adalah yang terbaik buat kita. Amin..amin.. ya rabbal alamin.

Bagi yang telah mendaftar RM152 bermula bulan September 2011 maka sumbangan sebanyak RM600 ke akaun hutang masing-masing akan bermula pada bulan Mei 2012. Syukur alhamdulillah. Semakin terpancar ketenangan yang bakal dilalui. Inilah janji TDE ISS untuk membantu segenap lapisan masyarakat yang telah pun memberikan konitmen dan kepercayaan kepada Tabung Dana Ehsan ISS. 

Persoalannya sekarang mampukah orang-orang yang bakal di bantu ini mendispilinkan diri mengenai kewangan agar menjadi yang lebih baik lagi di masa akan datang? Insyaallah.... 

Cukup catatan ini di hari Jumaat yang mulia ini. Semoga anda semua tidak lambat untuk membuat keputusan agar bersama-sama TDE ISS. Banyak manfaat yang bakal diperolehi. Insyaallah... Anda Buat Anda Dapat.

JMA
TDE ISS

Wednesday, March 14, 2012

Pendaftaran Terkini

Asssalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah dan syukur di panjatkan ke hadrat yang maha Esa di atas kesihatan dan kelancaran dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.Jutaan maaf kerana sudah lama tidak update blog ini lantaran tugasan yang banyak. 

Alhamdulillah.
Ingin sekali dikhabarkan bahawa pendaftaran terbaru untuk bersama-sama Tabung Dana Ehsan ISS adalah sebanyak RM372 bermula pada bulan April 2012. Maksudnya di sini tiada lagi pendaftaran RM302 seperti diterangkan sebelum ini.

Apa yang bakal diperolehi dengan pendaftaran tersebut?

Peruntukan Petrol Percuma 

Alhamdulillah. Setiap pertambahan untuk pendaftaran pasti ada penambaikan yang TDE ISS lakukan agar semua rakyat dapat merasa kesenangan tersebut. Di antara penambaikan yang terkini adalah pemberian peruntukan petrol percuma sebanyak RM200 sebulan selama 2 tahun. Bayangkan di zaman sekarang dengan kos sana sini yang tinggi dan pihak TDE ISS mengambil peluang ini untuk terus memberikan kelapangan dalam kesempitan tersebut. Seharusnya kita sentiasa perlu bersyukur di atas rezeki pemberian Allah. Teruslah bersandar kepada Dia dalam apa jua yang kita lakukan. Insyaallah janji Allah itu PASTI!.

Khairat Kematian Percuma - Pengurusan Jenazah Islam

Kami masih memberikan perkhidmatan Pengurusan Jenazah secara percuma untuk satu keluarga. Purata untuk kos pengurusan jenazah terkini ialah RM1,000.00 seorang. Namun di bandar besar jumlahnya lebih dari itu. Istimewanya kami menawarkannya dengan percuma untuk satu keluarga!
Kami cuma mengambil wang pendaftaran sebanyak RM70.00 dan jika untuk satu keluarga cuma RM120.00 sahaja. Jadi bayangkan di situ berapa banyak kos yang boleh dijimatkan.

Kelebihan yang lain masih sama seperti yang diterangkan sebelum ini.

Justeru  kami sangat menghargai sokongan anda sama-sama menyertai kami demi manaikkan lagi taraf kehidupan umat keseluruhannya. Doa dan harapan anda sangat-sangat diperlukan agar kami dapat merealisasikan tanggungjawab  yang anda berikan dengan jayanya setiap masa. 

Insyaallah.

Monday, January 9, 2012

Selamat Memulakan semula tugasan pada minggu ini.

Salam Sejahtera



MMakMaksud ayat: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar dan memberikannya rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan tiap-tiap sesuatu.sud

Alhamdulillah, semakin hari semakin ada saja penambahbaikan di Tabung Dana Ehsan. Bermula di awal tahun yang lepas dengan Khairat Kematian Percuma – Pengurusan Jenazah Islam dan akan ada lagi yang lain menyusul. Insyaallah.
Terkadang terbit satu situasi menyedihkan apabila masih ada lagi insan yang tidak percaya akan keujudan Tabung Dana Ehsan ini justeru tiada keyakinan untuk bersama-sama dalam mengharungi kebaikan yang terkandung dalam intipati TDE ISS ini.
Kesian dengan insan yang sebegitu. Jadi mahukah anda juga tergolong dalam kumpulan yang disebutkan tadi. Ayuh… sama-sama kita permudahkan lagi supaya tidak timbul masalah-masalah lain. Di bantu dan membantu maka akan lahir masyarat penyayang seterusnya modal insan dapat diterapkan dalam jiwa setiap umat manusia.
Kami di Tabung Dana Ehsan ISS sering saja didatangi oleh insan-insan yang memerlukan bantuan samada berupa material ataupun khidmat nasihat dalam penyelesaian hutang. Insyaallah kami akan sedaya upaya memberikan yang terbaik demi memastikan setiap permasalahan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya.
Sekali lagi saya menyarankan agar anda mendaftar dengan Tabung Dana Ehsan kerana bukan saja satu, malahan banyak kelebihan yang akan diperolehi.

Terima Kasih.

Thursday, January 5, 2012

Penambahbaikan 2012

Salam Sejahtera

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Insyallah kami akan sentiasa membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk sesiapa sahaja yang telah memberi kepercayaan atas keyakinan  anda terhadap perkhidmatan yang kami tawarkan.

Khairat Kematian Percuma - Pengurusan Jenazah Islam

Kami menawarkan satu lagi ciri penambahbaikan dengan memberikan perkhidmatan Pengurusan Jenazah secara percuma untuk satu keluarga. Purata untuk kos pengurusan jenazah terkini ialah RM1,000.00 seorang. Namun di bandar besar jumlahnya lebih dari itu. Istimewanya kami menawarkannya dengan percuma untuk satu keluarga!
Kami cuma mengambil wang pendaftaran sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia :Lima Puluh Sahaja) untuk tempoh 3 bulan pertama dan kos sebenar pendaftaran sebanyak RM120.00 (Ringgit Malaysia:Satu Ratus Dua Puluh sahaja) akan dikenakan selepas itu.

Mengapa perkhidmatan ini ditawarkan?
Kami di Tabung Dana Ehsan ISS bukan hanya memikirkan tentang keperluan umat manusia ketika hidup tetapi juga fardhu kifayah selepas kematian. Tujuan kami bukanlah untuk mengambil alih Jawatankuasa Khairat Kematian sedia ada tetapi hanya sebagai satu pelengkap & kami akan bekerjasama dengan mereka.

Apakah Urusan ini dibenarkan?
Alhamdulillah perkhidmatan ini sangat-sangat dialu-alukan oleh Pihak berkuasa Agama Islam. Panel Syarie kami diketuai oleh SS Tan Sri (Dr) Harussani Zakaria iaitu Mufti Negeri Perak. Kami juga telah mendapat sokongan dari Mufti Pulau Pinang dan seterusnya oleh Mufti-mufti Negeri-Negeri lain secara berperingkat-peringkat. Insyallah JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri juga memberikan makluman positif atas usaha ini.

Oleh yang demikian kami sangat menghargai sokongan anda menyertai kami mempertingkat kualiti umat secara keseluruhannya. Kami sedang merangka satu sistem berteraskan portal islami untuk urusan umat secara interaktif sedikit masa lagi. Doa dan harapan anda adalah kekuatan kami. Insyallah kami akan melaksanakan amanah yang anda berikan dengan cemerlang setiap masa.

Terima Kasih.

Manaff Jamalludin
Coordinator Manager
TDE ISS
0137738788

Friday, December 9, 2011

Allah Maha Pemberi Rezeki Yang Paling Utama

Assalamualaikum,


Di celah-celah kesibukan kita, yang rasanya tidak pernah berakhir, mari kita rehat sejenak.. Mari kita tengok perjalanan hidup kita..


Seringkah kita merenungi tentang asal dari mana rezeki yang kita nikmati selama ini?
Apakah rezeki itu betul-betul murni hanya dari usaha kita?
Seandainya Allah tidak mengizinkannya, masih mampukan rezeki itu sampai kepada kita?
Pernahkah kita memperoleh rezeki dari hal-hal yang nyata bukan kita yang mengusahakannya?
Lalu, siapakah sebenarnya yang paling menentukan dalam pembahagian rezeki setiap makhluk di alam semesti ini?
Justeru,
Mari kita jawab pertanyaan-pertanyaan di atas, yang utama jawapan itu untuk diri kita sendiri. Setelah itu kita lihat firman Allah SWT dalam Al-Quran tentang permasalahan di atas, dan kita bandingkan keduanya dengan jujur, Insya Allah kita akan memperoleh pelajaran yang berharga.
Allah SWT mengemukakan pendapat-Nya tentang hal itu di antaranya:
“Sesungguhnya Allah, Dia-lah Maha Pemberi rezeki, Yang Memiliki Kekuatan lagi sangat Gagah.” 
juga,
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya, Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang yang bertakwa.”(QS. 20: 132)
Allah menegaskan bahwa Dia-lah yang menjamin rezeki kita. Apakah kita kurang percaya dengan jaminan-Nya? Padahal sejak kita belum lahir dulu, sampai saat ini Allah telah dan akan tetap menjamin rezeki bagi makhluk ciptaan-Nya.
Disinilah masalah besar kita, seandainya keyakinan kita terhadap jaminan Allah kepada kita lemah. Nampaknya ini seperti masalah teknik rezeki, namun sebenarnya ini adalah masalah keimanan khususnya keyakinan !!!
Bagaimana Cara Kita Menghadapinya?
Pada ayat di atas, Allah menyambungkan perintah solat dan bersabar dalam mengerjakannya dengan masalah penjaminan rezeki.
Pada ayat lainnya Allah berfirman, “Minta tolonglah dengan kesabaran dan solat.”(QS. 2: 45)
Apa hubungan anatara sabar dan solat dengan masalah rezeki?
Umpanya begini,
Jika kita mampu bersabar, maka Allah akan selalu menolong kita. “..Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, yang bila ditmpa musibah, mengatakan "Sesungguhnya segala sesuatu milik Allah dan kepadaNyalah dikembalikan segala sesuatu. Mereka itulah yang mendapat selawat yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”(QS. 2: 155-157)
Sedangkan solat yang kita tegakkan- bukan sekedar dilaksanakan - akan menjadikan kita sebagai hamba Allah yang bertakwa. Kemudian, Allah berjanji akan sentiasa menjamin rezeki hamba-Nya yang bertakwa.
“…Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari yang tidak disangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan akan mencukupkan (keperluan)-nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”(QS. 65: 2-3)
Jadi, jika keadaan kita sudah demikian, apalagi yang perlu di khuatirkan?

Berkat kesabaran memohon dengan rendah hati kepada Allah agar didatangkan pertolongan dalam penyelesaian hutang jadi sebagai wakil dari Allah maka Tabung Dana Ehsan ISS memikul tanggungjawab untuk membantu sesiapa saja yang dalam keperitan membayar hutang-hutang.

Perlu di akui secara jujur bahawa untuk mencapai semua itu adalah tidak mudah.. Namun, dengan semangat juang yang selalu kita tingkatkan dan pengorbanan yang rela kita lakukan, semoga Allah menolong kita…
Setuju?

Wallahu a’lam bi shawwab

Daripada,
Hamba yang faqir
Jasmi Al Qayyum
Coordinator Manager
019-7913155

Sunday, November 6, 2011

KAMI SEMAKIN DIKENALI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam Aidil Adha 1432H khusus untuk sekalian muslimin dan muslimat. Hari Raya Korban merupakan Hari Kebesaran umat islam serata dunia yang ingin mencontohi Ketaatan Nabi Ibrahim dan Keredhoaan anaknya Nabi Ismail dalam mematuhi perintah Allah. Sangat terkait dengan tebal dan nipisnya iman dan taqwa setiap manusia jika mahu mengukur gred keyakinan pada janji-janji Allah di dalam Al-Quran. Begitu halnya dengan kerja-kerja kebajikan yang kami lakukan. Bukan sedikit dikalangan umat yang masih tebal dengan rasa sangsi dengan keupayaan dan kebolehan kami membantu mengurangkan beban mereka dengan izin Allah. Masih ramai yang tidak percaya kami membantu secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan berbentuk material. Apa yang kami dambakan adalah rahmat Allah di atas kerja-kerja amal yang kami lakukan. Iringi kami dengan doa agar segala urusan kami dipermudahkan dan Allah anugerahkan kesihatan yang baik untuk kami terus-terusan dapat memerah keringat membantu umat di seluruh pelusuk negeri.

Mari ambil pengajaran dari keberhasilan yang diperolehi dalam rahasia Hari Raya Korban. Di Mekah ketika ini sanak keluarga kita sedang ufuk di Padang Arafah menunaikan ibadah haji. Mereka telah melalui pelbagai jenis pengorbanan untuk dapat melunaskan Rukun Islam yang kelima itu. Pengorbanan masa, wang ringgit, kesihatan, keselesaan dan seumpamanya demi meraih haji mabrur. Ini bermaksud untuk mendapat sesuatu kita harus berani mengorbankan sesuatu.

Kemudian kita kaji pula tentang apakah hari-hari yang diharamkan umat islam berpuasa. Dalam setahun ada 5 hari umat islam dilarang berpuasa iaitu seperti yang berikut:-
   
       * Pada 1 Syawal iaitu hari pertama Hari Raya Aidil Fitri  
       * Pada 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Aidil Adha dan
       * Pada 3 hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 & 13 Zulhijjah.

Pada bulan Syawal kita sudah dibenarkan berpuasa pada hari kedua untuk memperolehi kelebihan berpuasa enam. Namun dalam bulan Zulhijjah selama empat hari berturut-turut kita dilarang berpuasa menandakan tentang kepentingan berkorban. Dalam tempoh ini kita disunatkan supaya menumpahkan darah binatang peliharaan sebagai korban dan diharamkan berpuasa. Kepada sahabat yang mahu membuka mata, fikir-fikirkanlah kelebihan yang bakal diperolehi jika kita menghayati makna pengorbanan dalam setiap ruang kehidupan.

Dalam siri penjelasan di seluruh negara, kami telah menerangkan formula & jadual pembayaran dengan terperinci. Bagi yang telah jelas mereka sudah mula merancang & bersedia berkorban modal, masa & keringat demi memastikan matlamat membebaskan diri dari belenggu hutang tercapai. Pelbagai strategi diatur agar gerak kerja mereka dilaksana mengikut jadual malah aktiviti mereka padat dengan siri taklimat kepada sanak saudara juga kepada rakan terdekat. Adakalanya ketika ramai lagi yang masih tidak jelas, kami dijemput untuk memberi taklimat supaya segala persoalan dapat dijawap.

Kesibukkan kami menjelajah seluruh negeri berjaya membuka mata rakyat. Cawangan Kuala Lumpur & Selangor telah beroperasi di Amcorp Tower Petaling Jaya. Terkini kami melancarkan cawangan di Sungai Petani Kedah supaya orang-orang sebelah utara senang berurusan. Kami juga telah memindahkan urusan pentadbiran kami dari Muar ke Taman Molek Johor Bahru seiring dengan kepesatan permohonan peruntukkan pinjaman untuk melunaskan hutang setiap hari. Kami juga sedang dalam peringkat akhir menubuhkan cawangan di Kuching Sarawak. Menyusul nanti cawangan-cawangan setiap negeri bermula dengan Kuantan Pahang, Kuala Terengganu, Kota Bahru Kelantan, Ipoh Perak, Senawang Negeri Sembilan, Labuan atau Kota Kinabalu Sabah dan cawangan-cawangan lain yang akan ditentukan mengikut kesesuaian nanti. Insyallah tahun 2012 nanti kami akan melebarkan sayap ke Jakarta Indonesia kerana permintaan yang tinggi dari sana.

Kami sedar tentang harapan menggunung seluruh rakyat yang mahu kami lebih professional menjalankan tugas. Untuk itu kami telah memulakan langkah menaiktaraf system online kami supaya semua urusan berkaitan menjadi lebih mudah dan cekap. Percayalah kami sentiasa cuba melakukan yang terbaik dan sentiasa memperbaiki sebarang kelemahan agar matlamat murni membantu meringankan beban rakyat akan tercapai dengan sempurna. Kami juga dalam rangka urusan untuk bekerjasama dengan beberapa individu yang perihatin supaya lebih banyak manfaat akan diberi kepada peserta dari semasa ke semasa.

Menyentuh tentang urusan teknikal, untuk makluman seluruh penama, kami hanya akan menghantar surat perjanjian untuk ditandatangani jika pembayaran akan dibuat segera bermaksud seawal bulan berikutnya. Namun jika pembayaran hanya akan dibuat setelah permohonan peruntukkan pinjaman diperolehi dalam tempoh 4 hingga 6 bulan akan datang, surat perjanjian juga akan dihantar dalam tempoh itu. Apa yang lebih penting, kami mengharapkan penama menyediakan maklumat lengkap tentang akaun hutang atau masalah yang mereka hadapi seperti nombor akaun hutang, nombor akaun bayaran gaji, nombor akaun bank pembayar gaji, nombor akaun PTPTN, bank-bank berkaitan, alamat tetap, lokasi mahkamah, lokasi pejabat tanah, surat mahkamah, surat lelong, surat AKPK, surat Jabatan Insolvensi, slip pembayaran, slip bank-in atau apa-apa juga dokumen yang boleh memberi data tepat untuk kami proses.

Wahai sahabat, kami mengalu-alukan anda semua tampil membawa maklumat agar kita boleh bekerjasama melangsaikan masalah anda. Namun kami memohon maaf kerana masih ramai lagi yang tidak berpeluang menemui kami walau telah beberapa kali memohon sessi temujanji. Yakinlah berkat kesabaran dan doa anda semua pasti Allah akan menemukan kita suatu ketika nanti.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi dilain waktu dan ketika. Berdoalah kerana doa itu senjata mukmin. Amin..

Manaff Jamalludin
Coordinator Manager TDE ISS
013-7738788

Thursday, September 22, 2011

Rakyat Mula Sedar.

Salam Sejahtera.

Rakyat mula sedar akan kehadiran sebuah syarikat swasta yang dapat membantu mereka melunaskan masalah-masalah mereka dengan adil & cermat. Kisah kami telah dipindahkan dari mulut ke mulut, dari satu kawasan ke kawasan lain, dari satu daerah ke daerah lain seterusnya merebak ke serata negeri. Tak hairanlah, ada sahabat yang ternanti-nanti kehadiran kami di laman mereka..Sabarlah sahabat, Insyallah kita akan berjumpa jua suatu ketika nanti..

Suka saya menerangkan sedikit apakah fungsi utama TDE ISS. Kepakaran kami ialah Memberi Sumbangan Tahunan, Penyelesaian & Pelepasan Status Muflis, Penyelesaian Hutang Lapuk (Blacklisted), Pengurangan Bayaran Beban Bulanan dan Rahsia Dapatkan Semula Potongan Gaji Bulanan Untuk Kakitangan Kerajaan.
Lebih hebat lagi kami menyediakan peruntukkan pinjaman RM10,000.00 sebagai modal untuk melunaskan apa juga jenis hutang anda..Peruntukan ini bukan untuk kegunaan peribadi tetapi adalah untuk melangsaikan hutang!! Formula & pengiraan akan djelaskan dengan terperinci nanti..Ayuh sahabat ~ Kejar kami, segera membuat perancangan supaya kami boleh sampai ke tempat anda.. Jika tidak di "booking", bimbang kita jumpa agak lewat kerana jadual padat kami menjelajah ke seluruh negara.. Jadi, ketika kami berada berhampiran anda, rebutlah peluang itu yang tidak akan datang selalu.. Kami sentiasa update lokasi kami untuk tujuan kemudahan anda.. Add kami di Facebook: TDE ISS atau hubungi kami untuk maklumat jelas..

Sekian Untuk kali ini.. Terima Kasih.

Yang Benar,

Manaff Jamalludin,                           Achik,
Coordinator Manager,                         Coordinator Manager,
TDE ISS.                                             TDE ISS.
013-7738788                                      017-2139758

Sunday, September 11, 2011

TIADA LAGI ALASAN

Salam sejahtera 

Kami mengenalpasti punca mengapa majoriti rakyat yang mahu bertindak membuat keputusan menyertai kami tidak dapat meneruskan niat tersebut ialah kerana tiada modal atau sumber kewangan.. Kami amat memahami masalah tersebut dan mencuba sedaya upaya membantu anda semua segera bertindak dengan menyediakan peruntukkan PINJAMAN bersama ISS tanpa faedah!

Keistimewaan ini layak dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa mengira apa juga status mereka samada pelajar, peniaga, kakitangan kerajaan, pekerja swasta, OKU, freelance, ctos, ccriss, blacklist, muflis dan seumpamanya yang terbeban dengan kesempitan kewangan. Kesukaran keluar dari belenggu hutang menyebabkan kita semua menjadi stress, tiada motivasi, migrain, sakit kepala, marah tanpa sebab jelas, tekanan darah tinggi, tiada ketenangan, perkelahian dengan rakan, masalah rumahtangga, tersekat menyambung pelajaran, terhad dalam tindakan, doa tidak makbul, meninggalkan beban hutang kepada waris atau apa-apa juga kesan buruk yang dahsyat kepada masyarakat.. Mari kita fikirkan..sampai bilakah masalah ini harus berlaku.? Apakah langsung tiada jalan keluar? Apakah keselesaan atau kekayaan hanya milik golongan tertentu? Jawapan ada dalam diri anda sendiri!
Alhamdulillah, setiap hari kami menjelajah seluruh pelusuk negeri yg tercinta ini menyampaikan maklumat dan membuka jalan kepada sesiapa sahaja yang yakin mahu merubah diri.. Insyallah kami akan bantu sedaya mungkin dan semampu mungkin. Namun, kami sering disalah anggap sebagai sebuah syarikat yang berlandaskan keuntungan atau pelaburan. Tetapi setelah penerangan dibuat ramai yang tidak percaya dan tidak yakin dengan kemudahan yang kami sediakan dengan tawaran yang sangat bermanfaat, semudah A B C.. tetapi harus mengikut jadual terma & syarat yang kami sediakan! Yakinlah, tiada kos tersembunyi untuk bantuan ini kerana kami membantu atas dasar menjaga kebajikan & kesejahteraan masyarakat..Kepuasan hanya akan dirasai kepada sesiapa yang telah menyertai kami membantu diri sendiri dan keluarga..Perlahan-lahan mereka sendiri akan berkongsi kegembiraan tersebut kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang dikenali.. Kami yakin suatu ketika apabila tindakan ini menjadi revolusi, suara sumbang pihak-pihak yang mempertikaikan usaha murni ini akan lenyap dangan sendirinya..

Kami di ISS menyeru anda semua supaya segera beritahu suami, isteri, abang, adik, kakak, kawan, sahabat, kekasih, jiran, saudara mara, guru atau sesiapa sahaja yang mahu mempertingkatkan taraf kehidupan kepada status yang lebih baik. Mulakan dengan diri anda sendiri dangan memahami apa sebenarnya yang ISS lakukan untuk meringankan beban hutang anda setiap bulan. Tindakan anda harus bermula segera dengan tampil untuk mendapat penjelasan percuma bagaimana kami akan mambantu anda.. Hubungi saya sendiri atau ACHIK 017-2139758 untuk mengatur janji temu.

Terima Kasih.

Manaff Jamalludin
Coordinator Manager.
TDE ISS.
013-7738788

Sunday, September 4, 2011

Selamat Bertemu Kembali

Salam Sejahtera Sahabat TDE ISS


Alhamdulillah bersyukur kita dengan rahmat dan rezeki yang Allah anugerahkan kepada kita semua tanpa sedikit pun Dia minta dibalas.. Minggu ini kita akan kembalikan mood kita untuk mulakan rutin harian yang telah kita tinggalkan sementara kerana meraikan Hari Lebaran 2011 bersama sanak saudara di kampung.. Tentu meriah kerana kita masih terbayang-bayang keletah ahli keluarga tika bergurau senda.. mudah-mudahan tahun hadapan kita bersua lagi dengan bulan Syawal yang mulia..
Sesuatu yang pasti dialami oleh 98% masyarakat kita ialah POKAI lepas habis beraya.. masing-masing tertunggu-tunggu & ternanti-nanti hari gaji pada hujung bulan atau awal bulan depan.. nampaknya kenalah sukat apa yang patut.. perit jugalah nak sampai tarikh tu nanti..hehe.. Sebab itu 98% masyarakat kita ni harus sediakan payung sebelum hujan dengan membenarkan diri anda dibantu oleh TDE ISS mendapat lebihan duit tunai setiap bulan.. bermula dengan RM150 sebulan pada tahun pertama, meningkat sekali ganda menjadi RM300 sebulan pada tahun kedua, malah meningkat lagi menjadi RM600 sebulan pada tahun ketiga!!... Ramai sangat yang tak percaya. Susah nak percaya.. tapi PERCAYA lah penjimatan itu berlaku setiap bulan. Emmm seperti yang saya katakan sebelum ini, kesempatan bertemu rakan taulan & sanak saudara telah saya manfaatkan sepenuhnya untuk memberi penerangan secara terperinci tentang bagaimana TDE ISS dapat membantu seluruh rakyat Malaysia menyelesaikan semua masalah mereka bermula dari BLACKLIST, MUFLIS, PENGURANGAN BAYARAN BULANAN untuk apa juga jenis pinjaman, SUMBANGAN TAHUNAN dan pelbagai lagi keistimewaan yang bakal mereka perolehi jika menyertai TDE ISS.. Nak tau apa respons mereka? 100% teruja, tertanya-tanya tapi sangat berminat untuk mengetahui lebih lanjut dengan membuat janji temu pada masa akan datang..Yang hebat lagi ada yang tak sabar-sabar nak mula..
Sahabat semua.. TDE ISS bukan meminta anda menyertai kami untuk berniaga seperti MLM, skim cepat kaya atau apa juga jenis pelaburan yang mengarut tetapi tujuan kami ialah mambantu anda semua menyelesaikan semua hutang anda dengan cara berhemah, dapat berjimat & mampu memiliki aset yang selama ini hanya dimiliki oleh bangsa asing.. Inilah masanya anda bertindak dengan menghubungi wakil-wakil kami di seluruh negara atau berhubung terus dengan ACHIK 017-2139758 atau saya sendiri untuk mendapat penjelasan terperinci.. 

Terima Kasih & Jumpa Lagi.. Wassalam.

Manaff Jamalludin.
013-7738788
Coordinator Manager,
TDE ISS Negeri Johor

Friday, August 26, 2011

Syahdu Ramadhan & Salam Aidil Fitri 2011

Salam Sejahtera kepada semua..
Salam Perkenalan ~ Saya diberi peluang menulis dalam blog ini oleh mentor saya En Achik. Mungkin dek kerana jadual beliau yang sentiasa padat, blog ini jarang-jarang dikemaskini.. Insyallah saya berusaha tunaikan amanah yang diberikan..Pada penghujung Ramadhan ini timbul kesyahduan kerana insaf dengan anugerah yang Tuhan berikan kepada kita walau tanpa kita minta pun seperti degupan jantung yang tidak pernah berhenti..
Insaf dengan perjalanan ramadhan kali ini, apakah semua amalan yang kita lakukan diterima di sisinya atau sebaliknya.. kebimbangan itu terus di panjatkan dengan istigfar mudah-mudahan Tuhan segera mengampuni segala kesalahan & kesilapan yang telah, sedang atau bakal kita lakukan.. Maha suci Allah dari lalai & lupa..
Hanya berbaki 3 hari sebelum menjelang fajar Aidil Fitri 2011. Persiapan terakhir dibuat supaya hari Lebaran nanti dapat disambut dalam kemenangan berpuasa selama sebulan. Moga diri kembali menjadi fitrah seperti bayi yang baru lahir..Pastinya kesempatan bertemu sanak saudara dan rakan taulan nanti tidak dipersiakan dengan berkongsi keistimewaan TDE ISS bersama mereka.. Saya akan berbuat sebaik mungkin & memberi penerangan kepada sesiapa sahaja yang mahukan maklumat.. Tugas saya hanya menyampai tetapi perlaksanaan hanyalah milik diri mereka sendiri dangan izin serta kehendak Allah Taala.. Mudah-mudahan Allah permudahkan usaha saya ini.. Doa-doakan lah saya ye..
Bagi pihak warga TDE ISS saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Akhir Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 hijrah.. Maaf Zahir & Batin.. Berhati-hati memandu dijalan raya & semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju..Amin..

Manaff Jamalludin
0137738788
TDE ISS Negeri Johor