Sunday, November 6, 2011

KAMI SEMAKIN DIKENALI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam Aidil Adha 1432H khusus untuk sekalian muslimin dan muslimat. Hari Raya Korban merupakan Hari Kebesaran umat islam serata dunia yang ingin mencontohi Ketaatan Nabi Ibrahim dan Keredhoaan anaknya Nabi Ismail dalam mematuhi perintah Allah. Sangat terkait dengan tebal dan nipisnya iman dan taqwa setiap manusia jika mahu mengukur gred keyakinan pada janji-janji Allah di dalam Al-Quran. Begitu halnya dengan kerja-kerja kebajikan yang kami lakukan. Bukan sedikit dikalangan umat yang masih tebal dengan rasa sangsi dengan keupayaan dan kebolehan kami membantu mengurangkan beban mereka dengan izin Allah. Masih ramai yang tidak percaya kami membantu secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan berbentuk material. Apa yang kami dambakan adalah rahmat Allah di atas kerja-kerja amal yang kami lakukan. Iringi kami dengan doa agar segala urusan kami dipermudahkan dan Allah anugerahkan kesihatan yang baik untuk kami terus-terusan dapat memerah keringat membantu umat di seluruh pelusuk negeri.

Mari ambil pengajaran dari keberhasilan yang diperolehi dalam rahasia Hari Raya Korban. Di Mekah ketika ini sanak keluarga kita sedang ufuk di Padang Arafah menunaikan ibadah haji. Mereka telah melalui pelbagai jenis pengorbanan untuk dapat melunaskan Rukun Islam yang kelima itu. Pengorbanan masa, wang ringgit, kesihatan, keselesaan dan seumpamanya demi meraih haji mabrur. Ini bermaksud untuk mendapat sesuatu kita harus berani mengorbankan sesuatu.

Kemudian kita kaji pula tentang apakah hari-hari yang diharamkan umat islam berpuasa. Dalam setahun ada 5 hari umat islam dilarang berpuasa iaitu seperti yang berikut:-
   
       * Pada 1 Syawal iaitu hari pertama Hari Raya Aidil Fitri  
       * Pada 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Aidil Adha dan
       * Pada 3 hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 & 13 Zulhijjah.

Pada bulan Syawal kita sudah dibenarkan berpuasa pada hari kedua untuk memperolehi kelebihan berpuasa enam. Namun dalam bulan Zulhijjah selama empat hari berturut-turut kita dilarang berpuasa menandakan tentang kepentingan berkorban. Dalam tempoh ini kita disunatkan supaya menumpahkan darah binatang peliharaan sebagai korban dan diharamkan berpuasa. Kepada sahabat yang mahu membuka mata, fikir-fikirkanlah kelebihan yang bakal diperolehi jika kita menghayati makna pengorbanan dalam setiap ruang kehidupan.

Dalam siri penjelasan di seluruh negara, kami telah menerangkan formula & jadual pembayaran dengan terperinci. Bagi yang telah jelas mereka sudah mula merancang & bersedia berkorban modal, masa & keringat demi memastikan matlamat membebaskan diri dari belenggu hutang tercapai. Pelbagai strategi diatur agar gerak kerja mereka dilaksana mengikut jadual malah aktiviti mereka padat dengan siri taklimat kepada sanak saudara juga kepada rakan terdekat. Adakalanya ketika ramai lagi yang masih tidak jelas, kami dijemput untuk memberi taklimat supaya segala persoalan dapat dijawap.

Kesibukkan kami menjelajah seluruh negeri berjaya membuka mata rakyat. Cawangan Kuala Lumpur & Selangor telah beroperasi di Amcorp Tower Petaling Jaya. Terkini kami melancarkan cawangan di Sungai Petani Kedah supaya orang-orang sebelah utara senang berurusan. Kami juga telah memindahkan urusan pentadbiran kami dari Muar ke Taman Molek Johor Bahru seiring dengan kepesatan permohonan peruntukkan pinjaman untuk melunaskan hutang setiap hari. Kami juga sedang dalam peringkat akhir menubuhkan cawangan di Kuching Sarawak. Menyusul nanti cawangan-cawangan setiap negeri bermula dengan Kuantan Pahang, Kuala Terengganu, Kota Bahru Kelantan, Ipoh Perak, Senawang Negeri Sembilan, Labuan atau Kota Kinabalu Sabah dan cawangan-cawangan lain yang akan ditentukan mengikut kesesuaian nanti. Insyallah tahun 2012 nanti kami akan melebarkan sayap ke Jakarta Indonesia kerana permintaan yang tinggi dari sana.

Kami sedar tentang harapan menggunung seluruh rakyat yang mahu kami lebih professional menjalankan tugas. Untuk itu kami telah memulakan langkah menaiktaraf system online kami supaya semua urusan berkaitan menjadi lebih mudah dan cekap. Percayalah kami sentiasa cuba melakukan yang terbaik dan sentiasa memperbaiki sebarang kelemahan agar matlamat murni membantu meringankan beban rakyat akan tercapai dengan sempurna. Kami juga dalam rangka urusan untuk bekerjasama dengan beberapa individu yang perihatin supaya lebih banyak manfaat akan diberi kepada peserta dari semasa ke semasa.

Menyentuh tentang urusan teknikal, untuk makluman seluruh penama, kami hanya akan menghantar surat perjanjian untuk ditandatangani jika pembayaran akan dibuat segera bermaksud seawal bulan berikutnya. Namun jika pembayaran hanya akan dibuat setelah permohonan peruntukkan pinjaman diperolehi dalam tempoh 4 hingga 6 bulan akan datang, surat perjanjian juga akan dihantar dalam tempoh itu. Apa yang lebih penting, kami mengharapkan penama menyediakan maklumat lengkap tentang akaun hutang atau masalah yang mereka hadapi seperti nombor akaun hutang, nombor akaun bayaran gaji, nombor akaun bank pembayar gaji, nombor akaun PTPTN, bank-bank berkaitan, alamat tetap, lokasi mahkamah, lokasi pejabat tanah, surat mahkamah, surat lelong, surat AKPK, surat Jabatan Insolvensi, slip pembayaran, slip bank-in atau apa-apa juga dokumen yang boleh memberi data tepat untuk kami proses.

Wahai sahabat, kami mengalu-alukan anda semua tampil membawa maklumat agar kita boleh bekerjasama melangsaikan masalah anda. Namun kami memohon maaf kerana masih ramai lagi yang tidak berpeluang menemui kami walau telah beberapa kali memohon sessi temujanji. Yakinlah berkat kesabaran dan doa anda semua pasti Allah akan menemukan kita suatu ketika nanti.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi dilain waktu dan ketika. Berdoalah kerana doa itu senjata mukmin. Amin..

Manaff Jamalludin
Coordinator Manager TDE ISS
013-7738788