Friday, August 26, 2011

Syahdu Ramadhan & Salam Aidil Fitri 2011

Salam Sejahtera kepada semua..
Salam Perkenalan ~ Saya diberi peluang menulis dalam blog ini oleh mentor saya En Achik. Mungkin dek kerana jadual beliau yang sentiasa padat, blog ini jarang-jarang dikemaskini.. Insyallah saya berusaha tunaikan amanah yang diberikan..Pada penghujung Ramadhan ini timbul kesyahduan kerana insaf dengan anugerah yang Tuhan berikan kepada kita walau tanpa kita minta pun seperti degupan jantung yang tidak pernah berhenti..
Insaf dengan perjalanan ramadhan kali ini, apakah semua amalan yang kita lakukan diterima di sisinya atau sebaliknya.. kebimbangan itu terus di panjatkan dengan istigfar mudah-mudahan Tuhan segera mengampuni segala kesalahan & kesilapan yang telah, sedang atau bakal kita lakukan.. Maha suci Allah dari lalai & lupa..
Hanya berbaki 3 hari sebelum menjelang fajar Aidil Fitri 2011. Persiapan terakhir dibuat supaya hari Lebaran nanti dapat disambut dalam kemenangan berpuasa selama sebulan. Moga diri kembali menjadi fitrah seperti bayi yang baru lahir..Pastinya kesempatan bertemu sanak saudara dan rakan taulan nanti tidak dipersiakan dengan berkongsi keistimewaan TDE ISS bersama mereka.. Saya akan berbuat sebaik mungkin & memberi penerangan kepada sesiapa sahaja yang mahukan maklumat.. Tugas saya hanya menyampai tetapi perlaksanaan hanyalah milik diri mereka sendiri dangan izin serta kehendak Allah Taala.. Mudah-mudahan Allah permudahkan usaha saya ini.. Doa-doakan lah saya ye..
Bagi pihak warga TDE ISS saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Akhir Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 hijrah.. Maaf Zahir & Batin.. Berhati-hati memandu dijalan raya & semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju..Amin..

Manaff Jamalludin
0137738788
TDE ISS Negeri Johor