Tabung Dana Ehsan ISS ( TDE ISS )

Selamat Datang dan Salam 1 Malaysia....

Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di blog Tabung Dana Ehsan ISS. Tabung ini merupakan satu tabung yang disediakan oleh pihak ITS Success Services (ISS) No pendaftaran (JR0011008-P) untuk setiap rakyat Malaysia. Ianya adalah hasil simpanan individu yg dikongsikan bersama untuk tujuan dan matlamat hakiki.

Sumbangan khas oleh TDE ISS ini akan diagihkan oleh pihak ISS setahun sekali dalam masa yang ditentukan dan berperingkat-peringkat mengikut Negeri dan Daerah. Tabung Dana Ehsan ISS ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira umur mahupun bangsa yang ingin dan yang memerlukan sumbangan ini. Permohonan boleh dilakukan setiap masa dan borang permohonan boleh didapati bersama wakil-wakil sah ISS.

Pendapatan hari ini...

Bagi pasangan suami isteri yang berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan, kami di ISS menggalakkan anda semua untuk memohon dan mendaftar bersama TDE ISS. Satu sumbangan khas telah disediakan setiap tahun bagi yang mendaftar bersama TDE ISS dan ini bukanlah satu  program pelaburan atau program perniagaan tetapi ianya hanyalah salah satu kerja-kerja amal yang dijalankan oleh pihak ISS bertujuan untuk mengelakkan setiap individu di Malaysia akan bebas dari masalah.

ISS membawa pendekatan  seumpama ini untuk memelihara dan menjaga nama baik semua rakyat Malaysia agar tidak lagi di belenggu masalah hutang lapuk dan masalah paling ketara ialah disenarai hitamkan dari institusi kewangan dan juga diistiharkan MUFLIS.

Masalah paling ketara hari ini...

Terlalu ramai yang tidak mengambil endah dan membiarkan kebanyakan masalah hutang lapuk ini begitu sahaja. Memang tidak dinafikan, ramai di antaranya mempunyai masalah untuk membuat pembayaran balik oleh kerana kesempitan ekonomi.  Kegagalan inilah penyebab utama seseorang itu tidak boleh bebas dari masalah kewangan ini yang akan membawa parah. Ini adalah kategori orang yang sering mendapat beban yang tak hilang dari pemikiran :-


          a) Orang Muflis (Bankrap) 
          b) Disenarai hitamkan dari Institusi Kewangan - Hutang lapuk tidak berbayar.
          c) Potongan Gaji setiap bulan. - Dapatkan rahsia pembayaran semula gaji.
          d) Beban Bulanan. - Pembayaran kenderaan, pendidikan, rumah, pinjaman peribadi dan
              pelbagai jenis bayaran bulanan yg di tanggung.

Kekurangan pendapatan bulanan membuatkan mereka tidak dapat membayar semula masalah hutang lapuk ini dan juga perasaan malu untuk berdepan bersama pihak institusi kewangan mahupun di Jabatan Insolvensi. Masalah paling ketara adalah dek kerana nama digunakan oleh pihak lain sebagai penjamin dan hal-hal sebegini yang sering kali membuatkan mereka ini tidak mahu terus berurusan dan mencari jalan penyelesaiannya..

Jesteru itu ISS membawa pendekatan ini untuk membantu mereka dalam penyelesaian hutang lapuk mereka melalui Tabung Dana Ehsan ISS. Untuk mendapatkan bantuan ini, hubungi talian yang telah disediakan atau temui wakil-wakil sah ISS untuk mendapatkan maklumat lanjut.

KAMI SEMPURNAKAN UNTUK ANDA TERUS SUKSES........