Thursday, August 2, 2012




Rujukan & Jawapan Artikel Dalam Utusan Malaysia 01hb Ogos, 2012 mengenai  SENARAI SYARIKAT TIDAK DIBERI KEBENARAN MENJALANKAN PELABURAN – No. 69 – Tabung Dana Ehsan

1. Tabung Dana Ehsan  - Hanya sekadar nama. Mungkin Tabung Dana Ehsan lain.
2. Kami TIDAK menjalankan aktiviti PELABURAN.
3. Kami menggunakan nama Tabung Dana Ehsan ISS (TDE ISS)
4. Tabung Dana Ehsan milik ISS – ITS SUCCESS SERVICES (JR0011008-P) memang tidak memiliki apa-apa lesen atau terikat dengan apa-apa peratuan di bawah kendalian Bank Negara Malaysia.
5. Kami tegas memberitahu bahawa ITS SUCCESS SERVICES ialah pengendali Tabung Dana Ehsan ISS. Kewujudan nama Tabung Dana Ehsan ISS ialah sebagai satu tonggak atau tunjang kepada KERJA-KERJA KEBAJIKAN yang kami lakukan selama ini sejak tahun 2008 lagi.
6. Rujuk kami dalam Pages Facebook : TDE ISS atau blog http://tabungdanaehsaniss.blogspot.com  dan fahami aktviti kami.
7. Urusan keutamaan kami ialah seperti berikut;
7.1 Memberi Sumbangan Tahunan kepada seluruh ahli yang telah berdaftar.
7.2 Penyelesaian dan Pelepasan Muflis (Bankrup) – Urusan di Jabatan Insolvensi Malaysia. Sila rujuk dengan mereka untuk pengesahan.
7.3 Penyelesaian & Pelepasan Senarai Hitam (Blacklisted) – Urusan di Institusi Kewangan, Agensi Kerajaan yang memberi pinjaman. Kami membantu rakyat yang disenarai hitam pulih status kewangan mereka supaya mereka boleh menikmati kembali keistimewaan yang ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan. Sila rujuk dibank-bank yang sering kami berurusan atas kes rumah lelong, kenderaan ditarik akibat tidak menjelaskan bayaran ansuran bulanan dan sebagainya.
7.4 Meringankan Beban Hutang / Tanggungan Bulanan – Mencegah dari berlaku CCRISS, CTOS, Blacklisted & akhirnya Bankrup.
7.5 Rahsia dapatkan semula potongan gaji untuk kakitangan kerajaan/badan berkanun – Majoriti Kakitangan kerajaan terbeban dengan potongan gaji. Kami membantu meringankan beban mereka. 
8. Kami bukan syarikat jualan langsung (MLM), bukan skim pelaburan, bukan skim cepat kaya, bukan skim kutu atau aktiviti penggubahan wang haram.
9. Golongan sasar yang memohon bantuan tergolong dari semua lapisan masyarakat untuk melunaskan bayaran PTPTN, ansuran rumah, kenderaan, pinjaman peribadi, kad kredit, ansuran AKPK, Jabatan Insolvensi Malaysia, MARA, TEKUN, JPA, Courts Mammouth, AEON Credit, Seng Heng, CGC atau apa-apa saja hutang yang membelenggu mereka dengan syarat hutang tersebut mesti bertulis, mesti ada jadual pembayaran dan institusi yang mengeluarkan pinjaman tersebut  akan mengambil tindakan undang-undang jika pinjaman mereka tidak berbayar.
10. Jika anda ikhlas  ingin membantu orang lain seperti yang dituntut oleh agama, digalakkan oleh budaya, digesa oleh moral, perlukah anda MEMILIKI LESEN Bank Negara? Tika anda menghulur bantuan kepada rakan kerana rumah mereka dilelong, adakah anda harus memiliki lesen?
11. Keterangan ini hanyalah sebagai panduan. Debat tidak menjanjikan perlaksanaan bantuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan. Tika kita berdebat, masih ramai ternanti-nanti usaha dan tenaga kita untuk dihulur membantu mereka. 
12. Siapakah mereka itu? Mereka ialah adik beradik kita, jiran-jiran kita, kawan-kawan kita, saudara mara kita, anak-anak kita, bangsa kita, agama kita, negara kita, RAKYAT MALAYSIA!
13. Sudah sering dilaungkan. Ini kerja kebajikan. Jika rasa kami menipu tak perlu sertai. Jika rasa boleh selesaikan masalah sendiri silakan. Jika masih tak yakin, terus bangun malam solat istikharah mohon petunjuk. Jika petunjuk ialah buruk. Jangan hampiri.
14. Bagus tanya sendiri kepada sahabat-sahabat yang telah memperolehi manfaat. Insyallah ada jawapan ceria. Jika ditanya kepada orang yang langsung tidak pernah merasai nikmat, penuh dengan prasangka tentu lain bicaranya.
15. Kami manusia biasa. Sekadar ingin berbakti atas nama kebajikan. Komitmen dan kerjasama dari pihak yang memohon bantuan amatlah diharapkan. Jika berlaku kelewatan pembayaran atau kekhilafan mari bersama perbetulkan. Bukan terus-terusan memaki hamun. Hutang itu milik Tuan/Puan. Kami sekadar meringankan beban.
16. Segera hubungi wakil sah kami di seluruh negara jika memerlukan bantuan. Semua perkara dalam dunia mesti mematuhi syarat & peraturan. Jika capai kata sepakat boleh teruskan.
17. Mohon maaf atas sebarang kesilapan. Ameen.

Ikhlas Menjelaskan,

Manaff Jamalludin.
Coordinator Manager,
ITS SUCCESS SERVICES
(TDE ISS)