Tuesday, July 31, 2012


Assalamualaikum Tuan / Puan.


Mulai 01 Ogos, 2012 Pihak Pengurusan Tertinggi TDE ISS membuat ketetapan berikut;


1. Pakej A - RM502.00
2. Pakej B - RM1872.00
3. Pakej C - 10 kali bayaran bulanan campur dgn RM502
4. Pakej Umrah - RM872.00


Pengumumam penambahbaikan kerana peningkatan kos pengurusan ini akan diberitahu sedikit masa lagi.


Sila hubungi wakil2 sah yang berhampiran dengan kawasan anda untuk keterangan lanjut.


Sekian - Jazakallah Khair.
-MJ


http://tabungdanaehsaniss.blogspot.com

Monday, July 16, 2012

Berita Baik Untuk Semua Ahli TDE ISS


MODEL Motor : Z1000
HARGA ANGGARAN : RM90,000.00                              
PENGELUAR : Kawasaki
WARNA Tetap : Hitam
Program Khusus : TITIAN KASIH (Bantuan kepada golongan miskin)


Istimewa kepada ahli2 sah kami yang berminat menyumbangkan tenaga & usaha murni dalam PROGRAM TITIAN KASIH diseluruh Malaysia. Cawangan yang telah memulakan gerak kerja ialah Sungai Petani Kedah, Pulau Pinang, Temerloh Pahang, Kuantan Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kuching Sarawak. Insyallah cawangan2 lain bakal menyusul. Namun Syarat & Peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap cawangan adalah seperti berikut;

Jumlah Permohonan & Bayaran,
1) MESTI mendapatkan 30 orang ahli yang boleh menyediakan bayaran Kos pengurusan RM5,000.00
2) MESTI menghantar senarai nama & kos pengurusan tersebut dalam masa 30 hari atau sebulan penuh.

Masa MENUNGGU,
3) MESTI menunggu sehingga 7 bulan setelah serahan borang & bayaran mengikut tarikh yg telah ditetapkan oleh pihak pengurusan TDE ISS.

HAKMILIK,
4) HAKMILIK ialah TDE ISS dan Hanya boleh dipindahmilik selepas 36 bulan atau 3 tahun.

BAYARAN BULANAN,
5) TIADA Bayaran Ansuran Bulanan



SUMBANGAN BULANAN,
6) Peserta DIWAJIBKAN membayar SUMBANGAN RM100 setiap bulan selama 36bulan. RM50 ialah untuk Tabung Kelab dan RM50 lagi ialah untuk membeli barangan sumbangan Titian Kasih.

DISIPLIN & KOMITMENT
7) Peserta MESTI mengutamakan aktiviti Program Titian Kasih
8) PRESTASI untuk dipindahmilik selepas 3 tahun dinilai berdasarkan disiplin dan komitmen peserta dalam setiap program Titian Kasih.

Hanya Pihak Pengurusan Tertinggi TDE ISS yang boleh meminda syarat & peraturan yang telah ditetapkan.
Sebarang pertanyaan dan rujukan sila hubungi wakil sah yang berdekatan.

Jazakallah Khairan.



- Manaff Bin Jamalludin

Monday, June 4, 2012






JANJI TERBUKTI!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 Pepatah ada mengatakan bahawa “Penantian Itu Satu Penyiksaan”. Walaubagaimanapun di dalam Tabung Dana Ehsan ISS “Penantian itu sangat menguntungkan”. Mengapa membuatkan saya berkata begitu?

Selama ini kami di HQ sering saja menerima panggilan bagi menanyakan bila lagi bantuan RM600 akan di beri. Setiap hari malahan setiap saat bertalu-talu soalan diajukan. Semuanya dengan perasaan bimbang memikirkan adakah usaha TDE ISS selama ini benar ataupun satu penipuan.

Nah sekarang masa yang ditunggu telah tiba. Segala usaha keras selama ini bukanlah omong kosong. Syukur dipanjatkan kepada Ar Rahman kerana kasih sayangnya sentiasa bersama-sama kita. Segala bantuan dariNya ternyata janji yang pasti. Sering saja di mana-mana taklimat dinyatakan bahawa Janji Illahi itu PASTI dan sudah sampai masanya kepastian itu direalisasian dalam bentuk janji tertunai. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah. Segala puji bagi Engkau ya Rabb tiada yang layak dipuji sebenar-benar pujian hanya Engkau.


Bebanan selama ini seakan tidak tertanggung telah disusutkan dengan bantuan dari TDE ISS ini. Bermulanya pembayaran pada bulan Mei 2012 telah menguatkan lagi kebenaran usaha-usaha murni dari Tabung Dana Ehsan ISS ini. Walau agak sibuk dengan urusan pembayaran namun tidak terlintas kekesalan di hati setiap warga kerja TDE ISS ini malahan setiap bebanan hutang itu di bayar mengikut saluran bank masing-masing tanpa gagal.

Satu lagi usaha murni yang masih dilaksanakan sehingga kini adalah Program Titian Kasih yang telah dilancarkan pada bulan yang sama iaitu Mei 2012. Ini membuktikan bahawa walaupun sibuk dengan urusan pembayaran peruntukan namun kami di TDE ISS tetap melaksanakan bantuan-bantuan kemanusiaan terhadap insane daif di luar sana. Ahamdulillah dengan segala kecukupan yang ada dari segi mental dan spiritual maka perjalanan Titian Kasih masih utuh dan pihak kami masih mengharapkan penyertaan dari peserta-peserta negeri lain juga.

Bermula dengan sumbangan di Negeri Kedah sebanyak dua orang yang di bantu maka kami akan meneruskan kenegeri-negeri lain di Malaysia. Objektif utama program ini adalah “Sifar Kemiskinan” dan dengan izin Allah semoga usaha ini akan berterusan selamanya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pihak kami masih mengalu-alukan kepada semua masyarakat di Malaysia ini untuk bersama-sama dengan TDE ISS bagi memberi peluang kepada kami amnya dan kepada diri anda khasnya agar dapat pihak kami buktikan akan kebenaran yang kami usahakan selama ini. Insyaallah dengan tarian janji yang cantik ini maka kami mengharapkan ramai lagi insane-insan yang datang kepada kami. Bawa apa saja bentuk hutang dan kami akan bayarkan tanpa gagal. Insyaallah.


Sedikit Petikan Hadith untuk renungan bersama:-

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda:  

"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya."  (Hadis riwayat Imam Tirmizi).  

Kesimpulan Hadis:  
1-      Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja. 

2-      Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.

3-      Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang.

Jazakallah Khairan. 

WAJAR LUNASKAN PINJAMAN WALAUPUN SELEPAS KEMATIAN.

KEGHAIRAHAN dan kejahilan waris sering mengatasi kehendak syarak terutama dalam perkara menentukan hutang atau liabiliti si mati serta keperluan melunaskan atau membayar balik hutang berkenaan.

Waris sanggup turun naik mahkamah berebut harta pusaka sesama keluarga dan paling buruk, sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan demi merebut pusaka serta mahukan bahagian masing-masing.

Bagaimana dengan tanggungjawab membabitkan hutang atau liabiliti si mati? Menjadi tanggungjawab waris menentukan hutang si mati dan melunaskan semua hutang yang sudah dikenal pasti, sama ada membayarnya dengan pusaka si mati ataupun menggunakan wang sendiri.
Islam menekankan dengan tegas tanggungjawab membayar hutang walaupun selepas kematian penghutang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.”

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Dan barang siapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati maka Allah akan bertanya di hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku? Maka dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan pada orang yang berhutang.”
Rasulullah SAW mengingatkan, orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia kerana apabila dia sudah mati dan masih menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang itu.

Oleh demikian, apabila waris enggan melunaskan hutang si mati, apakah yang terjadi kepada rohnya? Pembayaran hutang si mati perlu didahulukan supaya roh si mati tidak tergantung selagi mana hutang tidak diselesaikan.

Di AmanahRaya, pengesahan hutang atau liabiliti penting dalam mentadbir pusaka si mati. Proses terperinci akan dibuat dan dilaksana berdasarkan dokumen sah serahan waris apabila menyerahkan borang mentadbir yang boleh dibuat di mana-mana 19 cawangan AmanahRaya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Waris perlu mempunyai dokumen sah dan Amanah Raya perlu menyiasat status hutang itu. Proses itu memerlukan AmanahRaya berkomunikasi dengan semua pihak dan bertindak berdasarkan senarai hutang diserahkan waris. Tempoh pengesahan tertakluk kepada siasatan yang dijalankan, juga berdasarkan profil hutang. Ada juga tuntutan hutang daripada individu, syarikat dan waris kepada AmanahRaya. Tuntutan perlu diterima jika disokong dokumen sah.

Semua tuntutan hutang perlu melalui proses ditetapkan supaya status hutang atau tuntutan hutang dapat dikenal pasti dan tidak dicabar setelah pembahagian dibuat serta fail ditutup. Bukan itu saja, proses penentuan hutang berkait rapat dengan hak waris kepada pusaka si mati.

Proses ini akan memakan masa lama jika waris tidak bekerjasama dan tidak dapat mengesahkan dokumen yang diserahkan. Walau bagaimanapun ada juga waris yang prihatin dan sedar pentingnya perkara ini.

Pelbagai cara dilakukan waris bagi menyelesaikan perkara itu seperti membuat iklan pengisytiharan hutang atau tuntutan hutang di akhbar terutama apabila waris maklum akan hutang tetapi tidak dapat mengesan pemberi hutang.

Oleh demikian, waris bersetuju dan memohon satu iklan diterbitkan dalam bentuk notis. Semua urusan terbitan iklan akan dilakukan oleh AmanahRaya dan iklan diterbitkan untuk satu tempoh dibenarkan.

Tujuan utama adalah untuk memberitahu umum perihal kematian si mati dan memberi peluang pemberi hutang yang ingin membuat tuntutan menghubungi pentadbir (AmanahRaya) dengan membawa dokumen sokongan sah. Kos ini ditanggung oleh pusaka si mati.

Bagi tuntutan belanja kematian dengan dokumen sokongan ia adalah biasa tetapi ramai yang tidak tahu apa perlu dibuat. Pertama, nama pihak yang menuntut perlu dinyatakan dengan jelas dalam resit bayaran berkaitan. Jika nama pihak yang menuntut tidak dinyatakan dalam resit, surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan resit diperlukan. Lain-lain dokumen sokongan boleh dikemukakan oleh pihak yang menuntut sebagai bukti pembayaran dilakukan jika ada. Resit dikeluarkan dalam bahasa asing selain Tuntutan tanpa dokumen sokongan kebiasaannya memakan masa tetapi AmanahRaya tetap menerima tuntutan itu. Walau bagaimanapun tuntutan perlu memenuhi syarat berikut:-

·         akuan bersumpah dari pihak yang menuntut; 
·         perjanjian bertulis antara si mati dengan pihak yang menuntut (jika ada); 
·         akuan bersumpah daripada dua saksi yang mengesahkan mengenai hutang dan keadaan tuntutan; 
·         persetujuan bersumpah semua waris berhubung tuntutan dan pembayaran hutang/tuntutan hutang kepada pihak yang menuntut; 
·         jika terdapat pertikaian berhubung tuntutan hutang, perintah mahkamah bermeterai perlu diperoleh dari pihak yang menuntut bagi pengesahan hutang dan bayaran yang boleh dilakukan kepadanya. 

Kewajipan melunaskan hutang terkandung dalam Seksyen 13 (1) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (AKTA 98): Pada penentuan pendengaran pemungut hendaklah melalui perintahnya membuat peruntukkan bagi pembayaran dari harta pusaka bagi duti estet, jika ada, dan perbelanjaan pengebumian dan hutang si mati...”

Ramai yang tidak sedar perihal hutang lapuk sama ada dengan sengaja atau tidak tetapi hutang lapuk membawa kesan kepada si mati dan generasi seterusnya.
Hutang lapuk ialah hutang yang tidak dibayar dalam masa tempoh yang lama. Jika orang yang memberi hutang atau warisnya tidak ditemui, maka nilai wang hutang itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.Firman Allah yang bermaksud: “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 245)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah berhutang seekor unta kemudian beliau membayarnya dengan yang lebih baik dan bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya.” (Hadis sahih Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang berhutang dengan maksud membayarnya kembali, Tuhan akan menolongnya dengan membayar kembali. Siapa yang mengambil harta orang lain dengan maksud menghilangkannya, Tuhan akan menolong menghilangkannya.” (Hadis sahih Bukhari).

"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT MEMBAYAR HUTANG"

Friday, March 30, 2012

BERITA BAIK TERKINI...

Seminar Wakil-wakil
Assalamualaikumwarahmatullah dan didoakan semuaya kaya dan berjaya di dunia akhirat. Sentiasa mendapat keredhaan dan limpahan kasih sayang Allah s.w.t. Amin..amin... ya Rabbal Alamin.

Syukur ke hadrat Allah di atas limpah keizinannya, pada 24 dan 25 Mac 2012 lepas telah berlangsung satu seminar ringkas dan suai kenal semua wakil-wakil TDE ISS seluruh Malaysia. Pertemuan dan perancanganNya yang amat sempurna telah menemukan di sebuah lokasi menarik di Tiara Beach Resort Port Dickson Alhamdulillah...alhamdulillah...
Tujuan utama adalah untuk menyampaikan kepada semua wakil agar dapat diselaraskan mengenai penyampaian kepada semua rakyat. Semoga diperkenankan olehNya.

Satu lagi penambahbaikan yang pastinya sangat membuatkan kita terharu adalah tawaran mengerjakan umrah. Subhanallah. Dengan keizinanNya juga timbul idea untuk menetapkan bayaran serendah RM300 sahaja bagi yang telah menjadi ahli TDE ISS dan melayakkan untuk mengerjakan umrah setahun akan datang. 

Tuan-tuan bayangkan saja berapa sebenarnya kos untuk mengerajakan umrah? Jika tidak silap saya, kos melebihi RM5000 jadi tidakkan patut kita rasa bersyukur di atas rezeki dari Allah ini untuk kita semua Dengan pembayaran pendaftaran RM300 sahaja maka kita layak untuk ke tanah haram Makkah bagi mengerjakan umrah. Bukan itu sahaja, Tempat tinggal dan duit kocek sebanyak RM1000 turut diberi. Masyaallah... Allahuakbar!!!

Jadi satu persatu penambahbaikan yang bakal direalisasikan secara berperingkat. Mengapa masih ada lagi sikap "kenapa" dalam diri. Jangan jadi yang terakhir untuk merebut peluang ini. Segala prancangan dari Allah adalah yang terbaik buat kita. Amin..amin.. ya rabbal alamin.

Bagi yang telah mendaftar RM152 bermula bulan September 2011 maka sumbangan sebanyak RM600 ke akaun hutang masing-masing akan bermula pada bulan Mei 2012. Syukur alhamdulillah. Semakin terpancar ketenangan yang bakal dilalui. Inilah janji TDE ISS untuk membantu segenap lapisan masyarakat yang telah pun memberikan konitmen dan kepercayaan kepada Tabung Dana Ehsan ISS. 

Persoalannya sekarang mampukah orang-orang yang bakal di bantu ini mendispilinkan diri mengenai kewangan agar menjadi yang lebih baik lagi di masa akan datang? Insyaallah.... 

Cukup catatan ini di hari Jumaat yang mulia ini. Semoga anda semua tidak lambat untuk membuat keputusan agar bersama-sama TDE ISS. Banyak manfaat yang bakal diperolehi. Insyaallah... Anda Buat Anda Dapat.

JMA
TDE ISS

Wednesday, March 14, 2012

Pendaftaran Terkini

Asssalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah dan syukur di panjatkan ke hadrat yang maha Esa di atas kesihatan dan kelancaran dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.Jutaan maaf kerana sudah lama tidak update blog ini lantaran tugasan yang banyak. 

Alhamdulillah.
Ingin sekali dikhabarkan bahawa pendaftaran terbaru untuk bersama-sama Tabung Dana Ehsan ISS adalah sebanyak RM372 bermula pada bulan April 2012. Maksudnya di sini tiada lagi pendaftaran RM302 seperti diterangkan sebelum ini.

Apa yang bakal diperolehi dengan pendaftaran tersebut?

Peruntukan Petrol Percuma 

Alhamdulillah. Setiap pertambahan untuk pendaftaran pasti ada penambaikan yang TDE ISS lakukan agar semua rakyat dapat merasa kesenangan tersebut. Di antara penambaikan yang terkini adalah pemberian peruntukan petrol percuma sebanyak RM200 sebulan selama 2 tahun. Bayangkan di zaman sekarang dengan kos sana sini yang tinggi dan pihak TDE ISS mengambil peluang ini untuk terus memberikan kelapangan dalam kesempitan tersebut. Seharusnya kita sentiasa perlu bersyukur di atas rezeki pemberian Allah. Teruslah bersandar kepada Dia dalam apa jua yang kita lakukan. Insyaallah janji Allah itu PASTI!.

Khairat Kematian Percuma - Pengurusan Jenazah Islam

Kami masih memberikan perkhidmatan Pengurusan Jenazah secara percuma untuk satu keluarga. Purata untuk kos pengurusan jenazah terkini ialah RM1,000.00 seorang. Namun di bandar besar jumlahnya lebih dari itu. Istimewanya kami menawarkannya dengan percuma untuk satu keluarga!
Kami cuma mengambil wang pendaftaran sebanyak RM70.00 dan jika untuk satu keluarga cuma RM120.00 sahaja. Jadi bayangkan di situ berapa banyak kos yang boleh dijimatkan.

Kelebihan yang lain masih sama seperti yang diterangkan sebelum ini.

Justeru  kami sangat menghargai sokongan anda sama-sama menyertai kami demi manaikkan lagi taraf kehidupan umat keseluruhannya. Doa dan harapan anda sangat-sangat diperlukan agar kami dapat merealisasikan tanggungjawab  yang anda berikan dengan jayanya setiap masa. 

Insyaallah.

Monday, January 9, 2012

Selamat Memulakan semula tugasan pada minggu ini.

Salam Sejahtera



MMakMaksud ayat: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar dan memberikannya rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan tiap-tiap sesuatu.sud

Alhamdulillah, semakin hari semakin ada saja penambahbaikan di Tabung Dana Ehsan. Bermula di awal tahun yang lepas dengan Khairat Kematian Percuma – Pengurusan Jenazah Islam dan akan ada lagi yang lain menyusul. Insyaallah.
Terkadang terbit satu situasi menyedihkan apabila masih ada lagi insan yang tidak percaya akan keujudan Tabung Dana Ehsan ini justeru tiada keyakinan untuk bersama-sama dalam mengharungi kebaikan yang terkandung dalam intipati TDE ISS ini.
Kesian dengan insan yang sebegitu. Jadi mahukah anda juga tergolong dalam kumpulan yang disebutkan tadi. Ayuh… sama-sama kita permudahkan lagi supaya tidak timbul masalah-masalah lain. Di bantu dan membantu maka akan lahir masyarat penyayang seterusnya modal insan dapat diterapkan dalam jiwa setiap umat manusia.
Kami di Tabung Dana Ehsan ISS sering saja didatangi oleh insan-insan yang memerlukan bantuan samada berupa material ataupun khidmat nasihat dalam penyelesaian hutang. Insyaallah kami akan sedaya upaya memberikan yang terbaik demi memastikan setiap permasalahan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya.
Sekali lagi saya menyarankan agar anda mendaftar dengan Tabung Dana Ehsan kerana bukan saja satu, malahan banyak kelebihan yang akan diperolehi.

Terima Kasih.

Thursday, January 5, 2012

Penambahbaikan 2012

Salam Sejahtera

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Insyallah kami akan sentiasa membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk sesiapa sahaja yang telah memberi kepercayaan atas keyakinan  anda terhadap perkhidmatan yang kami tawarkan.

Khairat Kematian Percuma - Pengurusan Jenazah Islam

Kami menawarkan satu lagi ciri penambahbaikan dengan memberikan perkhidmatan Pengurusan Jenazah secara percuma untuk satu keluarga. Purata untuk kos pengurusan jenazah terkini ialah RM1,000.00 seorang. Namun di bandar besar jumlahnya lebih dari itu. Istimewanya kami menawarkannya dengan percuma untuk satu keluarga!
Kami cuma mengambil wang pendaftaran sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia :Lima Puluh Sahaja) untuk tempoh 3 bulan pertama dan kos sebenar pendaftaran sebanyak RM120.00 (Ringgit Malaysia:Satu Ratus Dua Puluh sahaja) akan dikenakan selepas itu.

Mengapa perkhidmatan ini ditawarkan?
Kami di Tabung Dana Ehsan ISS bukan hanya memikirkan tentang keperluan umat manusia ketika hidup tetapi juga fardhu kifayah selepas kematian. Tujuan kami bukanlah untuk mengambil alih Jawatankuasa Khairat Kematian sedia ada tetapi hanya sebagai satu pelengkap & kami akan bekerjasama dengan mereka.

Apakah Urusan ini dibenarkan?
Alhamdulillah perkhidmatan ini sangat-sangat dialu-alukan oleh Pihak berkuasa Agama Islam. Panel Syarie kami diketuai oleh SS Tan Sri (Dr) Harussani Zakaria iaitu Mufti Negeri Perak. Kami juga telah mendapat sokongan dari Mufti Pulau Pinang dan seterusnya oleh Mufti-mufti Negeri-Negeri lain secara berperingkat-peringkat. Insyallah JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri juga memberikan makluman positif atas usaha ini.

Oleh yang demikian kami sangat menghargai sokongan anda menyertai kami mempertingkat kualiti umat secara keseluruhannya. Kami sedang merangka satu sistem berteraskan portal islami untuk urusan umat secara interaktif sedikit masa lagi. Doa dan harapan anda adalah kekuatan kami. Insyallah kami akan melaksanakan amanah yang anda berikan dengan cemerlang setiap masa.

Terima Kasih.

Manaff Jamalludin
Coordinator Manager
TDE ISS
0137738788

Friday, December 9, 2011

Allah Maha Pemberi Rezeki Yang Paling Utama

Assalamualaikum,


Di celah-celah kesibukan kita, yang rasanya tidak pernah berakhir, mari kita rehat sejenak.. Mari kita tengok perjalanan hidup kita..


Seringkah kita merenungi tentang asal dari mana rezeki yang kita nikmati selama ini?
Apakah rezeki itu betul-betul murni hanya dari usaha kita?
Seandainya Allah tidak mengizinkannya, masih mampukan rezeki itu sampai kepada kita?
Pernahkah kita memperoleh rezeki dari hal-hal yang nyata bukan kita yang mengusahakannya?
Lalu, siapakah sebenarnya yang paling menentukan dalam pembahagian rezeki setiap makhluk di alam semesti ini?
Justeru,
Mari kita jawab pertanyaan-pertanyaan di atas, yang utama jawapan itu untuk diri kita sendiri. Setelah itu kita lihat firman Allah SWT dalam Al-Quran tentang permasalahan di atas, dan kita bandingkan keduanya dengan jujur, Insya Allah kita akan memperoleh pelajaran yang berharga.
Allah SWT mengemukakan pendapat-Nya tentang hal itu di antaranya:
“Sesungguhnya Allah, Dia-lah Maha Pemberi rezeki, Yang Memiliki Kekuatan lagi sangat Gagah.” 
juga,
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya, Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang yang bertakwa.”(QS. 20: 132)
Allah menegaskan bahwa Dia-lah yang menjamin rezeki kita. Apakah kita kurang percaya dengan jaminan-Nya? Padahal sejak kita belum lahir dulu, sampai saat ini Allah telah dan akan tetap menjamin rezeki bagi makhluk ciptaan-Nya.
Disinilah masalah besar kita, seandainya keyakinan kita terhadap jaminan Allah kepada kita lemah. Nampaknya ini seperti masalah teknik rezeki, namun sebenarnya ini adalah masalah keimanan khususnya keyakinan !!!
Bagaimana Cara Kita Menghadapinya?
Pada ayat di atas, Allah menyambungkan perintah solat dan bersabar dalam mengerjakannya dengan masalah penjaminan rezeki.
Pada ayat lainnya Allah berfirman, “Minta tolonglah dengan kesabaran dan solat.”(QS. 2: 45)
Apa hubungan anatara sabar dan solat dengan masalah rezeki?
Umpanya begini,
Jika kita mampu bersabar, maka Allah akan selalu menolong kita. “..Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, yang bila ditmpa musibah, mengatakan "Sesungguhnya segala sesuatu milik Allah dan kepadaNyalah dikembalikan segala sesuatu. Mereka itulah yang mendapat selawat yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”(QS. 2: 155-157)
Sedangkan solat yang kita tegakkan- bukan sekedar dilaksanakan - akan menjadikan kita sebagai hamba Allah yang bertakwa. Kemudian, Allah berjanji akan sentiasa menjamin rezeki hamba-Nya yang bertakwa.
“…Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari yang tidak disangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan akan mencukupkan (keperluan)-nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”(QS. 65: 2-3)
Jadi, jika keadaan kita sudah demikian, apalagi yang perlu di khuatirkan?

Berkat kesabaran memohon dengan rendah hati kepada Allah agar didatangkan pertolongan dalam penyelesaian hutang jadi sebagai wakil dari Allah maka Tabung Dana Ehsan ISS memikul tanggungjawab untuk membantu sesiapa saja yang dalam keperitan membayar hutang-hutang.

Perlu di akui secara jujur bahawa untuk mencapai semua itu adalah tidak mudah.. Namun, dengan semangat juang yang selalu kita tingkatkan dan pengorbanan yang rela kita lakukan, semoga Allah menolong kita…
Setuju?

Wallahu a’lam bi shawwab

Daripada,
Hamba yang faqir
Jasmi Al Qayyum
Coordinator Manager
019-7913155

Sunday, November 6, 2011

KAMI SEMAKIN DIKENALI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Salam Aidil Adha 1432H khusus untuk sekalian muslimin dan muslimat. Hari Raya Korban merupakan Hari Kebesaran umat islam serata dunia yang ingin mencontohi Ketaatan Nabi Ibrahim dan Keredhoaan anaknya Nabi Ismail dalam mematuhi perintah Allah. Sangat terkait dengan tebal dan nipisnya iman dan taqwa setiap manusia jika mahu mengukur gred keyakinan pada janji-janji Allah di dalam Al-Quran. Begitu halnya dengan kerja-kerja kebajikan yang kami lakukan. Bukan sedikit dikalangan umat yang masih tebal dengan rasa sangsi dengan keupayaan dan kebolehan kami membantu mengurangkan beban mereka dengan izin Allah. Masih ramai yang tidak percaya kami membantu secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan berbentuk material. Apa yang kami dambakan adalah rahmat Allah di atas kerja-kerja amal yang kami lakukan. Iringi kami dengan doa agar segala urusan kami dipermudahkan dan Allah anugerahkan kesihatan yang baik untuk kami terus-terusan dapat memerah keringat membantu umat di seluruh pelusuk negeri.

Mari ambil pengajaran dari keberhasilan yang diperolehi dalam rahasia Hari Raya Korban. Di Mekah ketika ini sanak keluarga kita sedang ufuk di Padang Arafah menunaikan ibadah haji. Mereka telah melalui pelbagai jenis pengorbanan untuk dapat melunaskan Rukun Islam yang kelima itu. Pengorbanan masa, wang ringgit, kesihatan, keselesaan dan seumpamanya demi meraih haji mabrur. Ini bermaksud untuk mendapat sesuatu kita harus berani mengorbankan sesuatu.

Kemudian kita kaji pula tentang apakah hari-hari yang diharamkan umat islam berpuasa. Dalam setahun ada 5 hari umat islam dilarang berpuasa iaitu seperti yang berikut:-
   
       * Pada 1 Syawal iaitu hari pertama Hari Raya Aidil Fitri  
       * Pada 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Aidil Adha dan
       * Pada 3 hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 & 13 Zulhijjah.

Pada bulan Syawal kita sudah dibenarkan berpuasa pada hari kedua untuk memperolehi kelebihan berpuasa enam. Namun dalam bulan Zulhijjah selama empat hari berturut-turut kita dilarang berpuasa menandakan tentang kepentingan berkorban. Dalam tempoh ini kita disunatkan supaya menumpahkan darah binatang peliharaan sebagai korban dan diharamkan berpuasa. Kepada sahabat yang mahu membuka mata, fikir-fikirkanlah kelebihan yang bakal diperolehi jika kita menghayati makna pengorbanan dalam setiap ruang kehidupan.

Dalam siri penjelasan di seluruh negara, kami telah menerangkan formula & jadual pembayaran dengan terperinci. Bagi yang telah jelas mereka sudah mula merancang & bersedia berkorban modal, masa & keringat demi memastikan matlamat membebaskan diri dari belenggu hutang tercapai. Pelbagai strategi diatur agar gerak kerja mereka dilaksana mengikut jadual malah aktiviti mereka padat dengan siri taklimat kepada sanak saudara juga kepada rakan terdekat. Adakalanya ketika ramai lagi yang masih tidak jelas, kami dijemput untuk memberi taklimat supaya segala persoalan dapat dijawap.

Kesibukkan kami menjelajah seluruh negeri berjaya membuka mata rakyat. Cawangan Kuala Lumpur & Selangor telah beroperasi di Amcorp Tower Petaling Jaya. Terkini kami melancarkan cawangan di Sungai Petani Kedah supaya orang-orang sebelah utara senang berurusan. Kami juga telah memindahkan urusan pentadbiran kami dari Muar ke Taman Molek Johor Bahru seiring dengan kepesatan permohonan peruntukkan pinjaman untuk melunaskan hutang setiap hari. Kami juga sedang dalam peringkat akhir menubuhkan cawangan di Kuching Sarawak. Menyusul nanti cawangan-cawangan setiap negeri bermula dengan Kuantan Pahang, Kuala Terengganu, Kota Bahru Kelantan, Ipoh Perak, Senawang Negeri Sembilan, Labuan atau Kota Kinabalu Sabah dan cawangan-cawangan lain yang akan ditentukan mengikut kesesuaian nanti. Insyallah tahun 2012 nanti kami akan melebarkan sayap ke Jakarta Indonesia kerana permintaan yang tinggi dari sana.

Kami sedar tentang harapan menggunung seluruh rakyat yang mahu kami lebih professional menjalankan tugas. Untuk itu kami telah memulakan langkah menaiktaraf system online kami supaya semua urusan berkaitan menjadi lebih mudah dan cekap. Percayalah kami sentiasa cuba melakukan yang terbaik dan sentiasa memperbaiki sebarang kelemahan agar matlamat murni membantu meringankan beban rakyat akan tercapai dengan sempurna. Kami juga dalam rangka urusan untuk bekerjasama dengan beberapa individu yang perihatin supaya lebih banyak manfaat akan diberi kepada peserta dari semasa ke semasa.

Menyentuh tentang urusan teknikal, untuk makluman seluruh penama, kami hanya akan menghantar surat perjanjian untuk ditandatangani jika pembayaran akan dibuat segera bermaksud seawal bulan berikutnya. Namun jika pembayaran hanya akan dibuat setelah permohonan peruntukkan pinjaman diperolehi dalam tempoh 4 hingga 6 bulan akan datang, surat perjanjian juga akan dihantar dalam tempoh itu. Apa yang lebih penting, kami mengharapkan penama menyediakan maklumat lengkap tentang akaun hutang atau masalah yang mereka hadapi seperti nombor akaun hutang, nombor akaun bayaran gaji, nombor akaun bank pembayar gaji, nombor akaun PTPTN, bank-bank berkaitan, alamat tetap, lokasi mahkamah, lokasi pejabat tanah, surat mahkamah, surat lelong, surat AKPK, surat Jabatan Insolvensi, slip pembayaran, slip bank-in atau apa-apa juga dokumen yang boleh memberi data tepat untuk kami proses.

Wahai sahabat, kami mengalu-alukan anda semua tampil membawa maklumat agar kita boleh bekerjasama melangsaikan masalah anda. Namun kami memohon maaf kerana masih ramai lagi yang tidak berpeluang menemui kami walau telah beberapa kali memohon sessi temujanji. Yakinlah berkat kesabaran dan doa anda semua pasti Allah akan menemukan kita suatu ketika nanti.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi dilain waktu dan ketika. Berdoalah kerana doa itu senjata mukmin. Amin..

Manaff Jamalludin
Coordinator Manager TDE ISS
013-7738788