Monday, June 4, 2012






JANJI TERBUKTI!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 Pepatah ada mengatakan bahawa “Penantian Itu Satu Penyiksaan”. Walaubagaimanapun di dalam Tabung Dana Ehsan ISS “Penantian itu sangat menguntungkan”. Mengapa membuatkan saya berkata begitu?

Selama ini kami di HQ sering saja menerima panggilan bagi menanyakan bila lagi bantuan RM600 akan di beri. Setiap hari malahan setiap saat bertalu-talu soalan diajukan. Semuanya dengan perasaan bimbang memikirkan adakah usaha TDE ISS selama ini benar ataupun satu penipuan.

Nah sekarang masa yang ditunggu telah tiba. Segala usaha keras selama ini bukanlah omong kosong. Syukur dipanjatkan kepada Ar Rahman kerana kasih sayangnya sentiasa bersama-sama kita. Segala bantuan dariNya ternyata janji yang pasti. Sering saja di mana-mana taklimat dinyatakan bahawa Janji Illahi itu PASTI dan sudah sampai masanya kepastian itu direalisasian dalam bentuk janji tertunai. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah. Segala puji bagi Engkau ya Rabb tiada yang layak dipuji sebenar-benar pujian hanya Engkau.


Bebanan selama ini seakan tidak tertanggung telah disusutkan dengan bantuan dari TDE ISS ini. Bermulanya pembayaran pada bulan Mei 2012 telah menguatkan lagi kebenaran usaha-usaha murni dari Tabung Dana Ehsan ISS ini. Walau agak sibuk dengan urusan pembayaran namun tidak terlintas kekesalan di hati setiap warga kerja TDE ISS ini malahan setiap bebanan hutang itu di bayar mengikut saluran bank masing-masing tanpa gagal.

Satu lagi usaha murni yang masih dilaksanakan sehingga kini adalah Program Titian Kasih yang telah dilancarkan pada bulan yang sama iaitu Mei 2012. Ini membuktikan bahawa walaupun sibuk dengan urusan pembayaran peruntukan namun kami di TDE ISS tetap melaksanakan bantuan-bantuan kemanusiaan terhadap insane daif di luar sana. Ahamdulillah dengan segala kecukupan yang ada dari segi mental dan spiritual maka perjalanan Titian Kasih masih utuh dan pihak kami masih mengharapkan penyertaan dari peserta-peserta negeri lain juga.

Bermula dengan sumbangan di Negeri Kedah sebanyak dua orang yang di bantu maka kami akan meneruskan kenegeri-negeri lain di Malaysia. Objektif utama program ini adalah “Sifar Kemiskinan” dan dengan izin Allah semoga usaha ini akan berterusan selamanya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pihak kami masih mengalu-alukan kepada semua masyarakat di Malaysia ini untuk bersama-sama dengan TDE ISS bagi memberi peluang kepada kami amnya dan kepada diri anda khasnya agar dapat pihak kami buktikan akan kebenaran yang kami usahakan selama ini. Insyaallah dengan tarian janji yang cantik ini maka kami mengharapkan ramai lagi insane-insan yang datang kepada kami. Bawa apa saja bentuk hutang dan kami akan bayarkan tanpa gagal. Insyaallah.


Sedikit Petikan Hadith untuk renungan bersama:-

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda:  

"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya."  (Hadis riwayat Imam Tirmizi).  

Kesimpulan Hadis:  
1-      Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja. 

2-      Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.

3-      Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang.

Jazakallah Khairan.