Friday, May 6, 2011

Mari kita fikirkan bersama-sama.....Ada atau tidak selama ini?


Bismillahirahmanirahim…..

 Assalammualaikum W.B.T dan salam hormat.

Terlebih dahulu ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan/Puan sekelian. Keriangan dan kemesraan yang ada hari ini menunjukkan kita hari ini adalah satu kumpulan yang sepakat dan satu komuniti yang aman damai.

Terima kasih sekali lagi juga kerana memberi peluang kepada Pihak ITS SUCCESS SERVICES(ISS) untuk menyampaikan penerangan ringkas dan padat ini dan diharapkan kita semua dapat menerimanya dengan hati yang terbuka untuk kegunaan serta kesenangan pada masa akan datang.

        ITS SUCCESS SERVICES(ISS) merupakan sebuah syarikat  yang di kendalikan oleh 2 orang sahabat yang pernah sama-sama jatuh dan bangun semula setelah menjalankan perniagaan sejak 10 tahun yang lalu dan sehingga kini telah menerajui lebih 5 buah syarikat. Perniagaan utama di ISS adalah dalam perkhidmatan, pembekalan, penyediaan alat musik dan  sistem bunyi. Pelbagai lagi perniagaan yang diterajui ISS dikongsikan bersama mereka yang berada di dalam perancangan dan perlaksanaan ISS. Jesteru itu, pihak ISS telah mengambil langkah untuk menjaga kesejahteraan bangsa yang dulunya terjaga kini semakin menjauh dengan pelbagai masalah. Sebahagian dari keuntungan syarikat telah disediakan untuk kerja-kerja amal kebajikan untuk kehidupan yang hakiki iaitu akhirat. Dari itulah syarikat mewujudkan Tabung Dana Ehsan ISS. Tabung ini tidak melibatkan sesiapapun tidak ada badan-badan kerajaan untuk ISS mendapatkan sumbangan tetapi ianya hasil dari individu yang sama-sama menerajui ISS. Pendekatan ini di ambil kerana terlalu ramai golongan terutamanya orang melayu yang sering menghadapi masalah sebegini dan ianya menjadi satu kecenderungan bahawa bangsa melayu susah untuk bangkit semula dan menaikkan maruah serta taraf hidup dari segi ekonomi.

ISS MENCARI GOLONGAN PENDAPATAN DI BAWAH RM 3000

Kami di ISS sentiasa mencari individu atau mereka yang berpendapatan di bawah RM 3000 sebulan. Sebelum ini iaitu 2 tahun lepas dan ini adalah tahun ke 3, ISS mengutamakan mereka yang pendapatannya sekitar RM 2000 dan ke bawah tetapi memandangkan ekonomi yang semakin sengit(senget) buat masa sekarang ini, pihak ISS mencari jalan untuk membantu mereka yang berpendapatan di bawah RM 3000 dan masalah dilema hutang yang tak tertanggung ataupun back debt iaitu ‘hutang lapuk’. Ini adalah salah satu masalah atau penyakit yang sedang melanda dari dulu  dan ianya yang amat ketara di kalangan orang MELAYU serta ianya sangat-sangat dan amat memberangsangkan. Disebabkan masalah utama inilah dan peningkatannya amat ‘memberangsangkan’ di kalangan bangsa MELAYU, inilah yang menjadikan satu-satunya kemelesetan ekonomi bangsa kita semakin mundur. Itulah yang dimaksudkan ‘keberangsangan’ milik bangsa kita hari ini. Oleh itu kami di ISS ingin membantu dan menolong golongan ini dengan cara yang telah disediakan serta perancangan yang telah disusun atur dengan begitu rapi oleh pihak ISS. Setelah hampir 3 tahun menjalankan kaji selidik dan di dapati memang terlalu ramai orang Melayu yang di belenggu masalah atau penyakit ini. Jesteru itulah pihak ISS mewujudkan TABUNG DANA EHSAN ISS(TDE ISS) ini bertujuan dan untuk memberikan kemudahan pada insan yang memerlukan bantuan dan mendapat sumbangan kewangan yang berterusan setiap tahun.

Mungkin sangkaan di luar sana atau sesiapapun, ada yang masih menyatakan bangsa kita adalah masih bangsa 'subsidi' tetapi ingatlah ianya berlandaskan keagungan nama dan tujuan yang berlainan. Sampai bila ini akan diperkatakan? Sampai bila? Saya sendiri dah suku abad, hingga ke hari ini dan sentiasa mereka masih mengatakan bangsa, iaitu bangsa melayu yang sentiasa mengharapkan subsidi. Bangsa yang sewenang-wenangnya di jajah oleh bangsa lain dari segi ekonomi! Mari kita renungkan sejenak, semua orang kenal setiap pertubuhan dan persatuan yang ada di luar sana. Ambil satu contoh..hanya sebagai satu contoh iaitu yang paling  terdekat iaitu UMNO(saya di sini bukan atas dasar politik) tetapi kenyataan yang nyata dan hakikatnya mereka yang selama ini kita sokong tidak pernah menghulurkan bantuan kewangan tahunan untuk kesemua ahlinya yang tak henti-henti memberikan sokongan padu. Ambil saja musim perayaan, Hari Raya Aidilfitri, hari yang gembira, ada atau tidak persatuan mahupun pertubuhan ini menyediakan peruntukan kewangan untuk ahli-ahlinya yang selama sentiasa menyokong dan terus menyokong?Ada atau tidak? Fikirkan sejenak dan pernah tak diri kita sendiri merasainya? Jika kita bukan kroni-kroni yang rapat jangan harap. Jika ada pun, kita terpaksa menunggu untuk pemberitahuan atau pengumuman setiap rumah VIP, YB-YB atau Dato’-Dato’ yang buat ‘OPEN HOUSE’, barulah dapat merasa sampul hijau dan terpaksa beratur panjang untuk dapatkan ‘ang pow’setahun sekali.

Mohon ampun dan maaf sekiranya saya terlebih-lebih di sini tetapi hakikatnya itulah yang sering berlaku dalam bangsa kita dari dulu hinggalah hari ini. Banyak lagi contoh yang lain tetapi dan itu hanyalah salah satu contoh yang mudah di ambil dan ianya dipandang ringan oleh pihak-pihak tertentu. 


ISS MENCARI GOLONGAN BLACKLISTED DAN MUFLIS

Pembinaan rumah-rumah kos murah semakin berkurangan dengan adanya projek perumahan yang bernilai 5 kali ganda dari rumah kos murah. Pada awal bulan Mei, PM Dato Seri Najib telah memberi laluan untuk rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah tetapi ianya masih ramai yang tidak memohon dan di akui kurang mendapat sambutan. Ini bukan ramai yang tidak memohon tetapi masalah utama adalah dari segi kewangan dan yang keduanya adalah masalah yang kini kian bercambah bagaikan cendawan tumbuh iaitu nama di senarai hitam oleh Institusi kewangan dan segelintirnya telah diistiharkan muflis. Bagaimana untuk mendapatkan pinjaman untuk pembelian rumah? Masalah ini berpunca dari kemudahan yang diberikan untuk pinjaman kenderaan.
  
ISS tidak menyatakan semua orang atau bangsa kita begini, tetapi hakikatnya dan kebanyakannya yang berlaku dan paling ramai adalah bangsa kita iaitu bangsa Melayu. Sikap dan pandangan sambil lewa serta leka di kalangan mereka inilah yang membawa kesusahan pada generasi akan datang. Jesteru itu ISS menjalankan kaji selidik di kalangan orang sekeliling dan masalah ini terlalu ketara. Ramai yang disenarai hitamkan bukan atas kesalahan sendiri dan ada yang memang dengan kesalahan sendiri. Hari ini berapa ramai orang melayu yang mempunyai masalah kereta di tarik semula oleh bank kerana tidak mampu membayar balik bulanan? Berapa ramai yang menjadi penjamin untuk menjamin orang lain membeli kereta? Adik jamin abang, isteri menjadi penjamin suami untuk memiliki kereta idaman. Inilah salah satu masalah yang di kaji selidik oleh ISS sendiri. Dan berapa ramai yang membiarkan hutang tersebut dengan begitu saja? Berapa ramai penjamin yang tidak mahu bertanggung jawab? Terlalu ramai dan ini adalah masalah yang sering menimbulkan terputusnya silaturahim antara keluarga dan jugak sahabat apabila ianya dibiarkan begitu sahaja dengan bertahun-tahun lamanya tanpa merujuk di bank mahupun telah diingatkan setiap kali bank-bank menelefon mereka.

Apa alasan yang diberikan? Bagi yang meminjam, TAKPE LA…BUAT APA NAK BAYAR LAGI. KERETA PUN BUKAN AKU PAKAI LAGI, BANK DAH LELONG. BOLEH GUNA NAMA ISTERI PULAK. Bagi penjamin pulak, BUAT APA AKU PULAK YANG NAK BAYAR HUTANG TU? BUKAN AKU YANG PAKAI! BUKAN AKU PUNYA HUTANG! Hakikatnya, satu persatu masalah akan timbul di kemudian hari…Nama tidak boleh digunakan di institusi kewangan. Selagi hutang tidak dijelaskan sepenuhnya dengan institusi kewangan, selagi itulah tak dapat guna kereta baru mahupun rumah baru. Nak kena tunggu anak membesar baru dapat kereta baru…rumah baru, hakikatnya ramai yang takan mampu membeli harta apabila anak dan perbelanjaan yang makin bertambah.

 Selang beberapa tahun, nama telah diistiharkan muflis oleh mahkamah disebabkan hutang lapuk yang telah melebihi RM30 k. Maka jatuhlah hukuman muflis dengan tidak disangka-sangka.Timbul lagi satu masalah iaitu berlakunya sekatan terhadap harta benda dan kewangan di bank. Jadi, jika berlaku situasi sebegini, siapa yang akan membantu? Di mana nak dapatkan pertolongan? Siapa hari ini yang mereka ini akan cari? Ada atau tidak mana-mana persatuan atau pertubuhan yang disertainya memberikan bantuan? Ada yang terpaksa mencari rakan-rakan yang bernama AH LONG…cepat, mudah dan senang. Ini memang sering berlaku  dan ISS sentiasa berdepan dengan mereka yang menghadapi masalah sebegini biarpun mereka ini yang bekerja di Jabatan Kerajaan. Nak pinjam koperasi dah habis gaji, maka terpaksa la ‘gadaikan’ kad atm pada ‘kawan’ yang ingin membantu ni…akhirnya hidup menjadi murung. Sampai bila golongan ini akan berterusan? Siapa yang mahu membela nasib bangsa kita ini?

ISS membawa pendekatan ini bukan atas dasar perniagaan tetapi atas dasar perihatin untuk menjaga dan menaik taraf hidup bangsa. Jadi perancangan yang telah dibuat dan perlaksanaan dijalankan adalah untuk generasi yang akan datang tetapi untuk generasi yang telah ada hingga ke hari ini adalah untuk kehidupan yang hakiki iaitu kehidupan akhirat nanti. Jika mengikut logik akal sekalipun, memang tidak boleh mengubah kewangan yang begitu sedikit yang diberikan pada ISS iaitu RM30 atau RM2 untuk pendaftaran bersama TDE ISS. Hari ini sekiranya di bawa ke kedai kopi hanya dapat secawan tah tarik dan sekeping roti canai. Bagi yang ada anak-anak, beli jajan dah habis malah lebih dari itu…ISS mengambil nilai pembayaran ini adalah untuk butiran diri sahaja dan selebihnya susun atur kewangan akan dijalankan setiap tahun demi tahun sehingga sumbangan kewangan kepada pewaris pula nanti. Langkah ini di ambil untuk mengelakkan dari masalah hutang lapuk ini berulang lagi di kalangan bangsa melayu dan bantuan kewangan melalui sumbangan tahunan terus diagihkan walaupun ianya dah memadai atau ada waris yang telah melebihi umur 18 tahun keatas dan telah bekerja.

ISS membawa pendekatan ini juga untuk menjaga nama setiap orang dari di belenggu masalah yang sering di hadapi oleh bangsa kiata dulu dan jika diberikan kerjasama mungkin dalam tempoh 10 tahun akan datang dan generesai yang akan datang, tiada lagi orang melayu yang blacklisted atau muflis. Ini adalah satu masalah yang sering di hadapi oleh bangsa melayu dan mereka di luar sana.

KERJASAMA BERSAMA:

Kerjasama ini diperlukan untuk memudahkan pihak ISS terus membantu mereka yang mendaftar dan berterusan walaupun Penama telah meninggal dunia. Pewaris akan mendapat 50% sumbangan di atas Penama dan 50% akan disalurkan ke Baitulmal atas Penama dengan niat selesaikan hutang di dunia dan sedekah.

Jaminan 100% dari nilai pendaftaran yang dibuat didalam TDE ISS.

Pendaftaran nama bersama TDE ISS bertujuan untuk ISS mengetahui mereka yang memerlukan bantuan dari  TDE ISS.

Sekiranya Pihak ISS tidak mendapatkan nama bagi mereka yang tidak mendaftar, maka bantuan ini tidak dapat disampaikan pada orang yang jelas. Ini tidak melancarkan matlamat ISS untuk melihat bangsa yang maju dan rekod yang bersih pada masa akan datang.

Tidak mempertikaikan kos dan keuntungan pihak ISS kerana ianya akan termaktub dengan janji yang jelas oleh ALLAH TAALA.


Matlamat UTAMA ISS

Membebaskan segala masalah duniawi hari ini iaitu tiada lagi masalah hutang lapuk dan mendapat kesenangan untuk keluarga. Membebaskan rohani bagi kehidupan yang hakiki dari masalah hutang tertunggak semasa hidupnya dan bebas dari RIBA’.(Wallahuallam) Untuk membantu bangsa atau sesiapa yang memerlukan bantuan tahun demi tahun. Menaikkan martabat bangsa dan memajukan mereka pada masa akan datang iaitu generasi akan datang. Membantu dan terus membantu bagi mereka yang boleh MEMBANTU DIRI SENDIRI dengan hanya MENDAFTAR SEKALI SAHAJA BERSAMA TDE ISS.




*PERINGATAN*
INI BUKAN SKIM CEPAT KAYA ATAU SKIM PELABURAN HARAM
INI MERUPAKAN KERJA-KERJA AMAL KEBAJIKAN YANG KAMI JALANKAN
KERJASAMA DI MINTA DARI SEMUA PIHAK UNTUK MENERUSKAN MATLAMAT DAN MENYAMPAIKAN AMANAH SERTA TANGGUNGJAWAB KAMI

‘BANTU DAN TERUS MEMBANTU TANPA BATASAN’

PENDAFTARAN TERBUKA SETIAP TAHUN

TIADA HAD UMUR - DARI BAYI YANG BARU LAHIR HINGGA TIADA HAD KECUALI MATI



Untuk keterangan lanjut berhubung terus hubungi dengan wakil kami yang sah sahaja ditalian 017-2139758  Achik @ 012-6945324  En Bujang
*Borang pendaftaran boleh didapati bersama wakil-wakil sah kami.