Thursday, May 12, 2011

Kemanakah perginya mereka ini?

Assalamualaikum....salam sejahtera.

Hari terpanggil sekali lagi untuk update blog yang tak seberapa ni...Satu kisah yang mana hingga ke hari ini mereka ini terus menghilang walhal mereka-mereka ini telah pun sampai ke puncak menara gading. Kesian...kesian...kesian...itulah dialog yang digunakan dalam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Memang kesian, tetapi bukan untuk mereka ini. Kesian kat orang -orang yang akan datang! Sekiranya kerajaan sudah tiada peruntukan bantuan untuk yang kemudian ini menyambungkan pelajaran dengan serba kekurangan dalam zaman yang begitu sesak dengan perubahan dari segi ekonomi dan dunia tanpa sempadannya. Maka makin makin ramai yang akan memburukkan keadaan. masa tu juga kerajaan akan dipersalahkan kerana tiada lagi kemudahan pinjaman bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi pula.

Hakikatnya hari ini, terlalu ramai yang mendapat kemudahan ini tidak meletakkan aku janji mereka apabila telahpun mendapat tempat yang terbaik. Yang nyata , masih ramai lagi yang masih belum menjelaskan pinjaman PTPTN, MARA dan lain-lain pinjaman yang telah merubah kehidupan mereka dari yang kurang selesa kearah yang lebih baik.

Hari ini, berapa ramai yang terkandas untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi? Dek kerana masalah yang tidak di undang, masalah lapuk yang semakin tebal kebuntuannya. Ada segelintir sahaja yang cuba mencari jalan untuk menyelesaikannya

Dalam  perbualan saya bersama bekas-bekas pelajar UITM, Kolej-Kolej dan mereka yang terbabit bersama pinjaman kerajaan ini, ramai yang hanya memandang lewa saturan pembayaran yang perlu du=i buat oleh mereka. Tidak nampakkah mereka bahawasanya, masih ada ramai lagi yang memerlukan bantuan pinjaman ini? Ianya termasuklah anak-anak mereka hingga ke cucu-cicit mereka....merka yang di kemudian hari inilah yang akan menggunakan bahagian mereka. Tetapi sayangnya, terlalu ramai yang mengambil sikap acuh tak acuh bak kata kawan saya. Hakikatnya ramai yang telah bekerja dan pembayaran yang sepatutnya boleh di buat tak sampai pun 10% dari jumlah gaji setiap bulan. Alasannya, terlalu banyak komitmen untuk dilepaskan dahulu.

Jesteru itu, Pihak ISS membawa pendekatan ini untuk terus membantu mereka ini demi generasi akan datang. Iss mengharapkan mereka ini tampil untuk mengadukan masalah lapuk yang selama ini mereka pendamkan. Bukan mengharapkan balasan tetapi perihatin yang mana maslah hutang lapuk ini semakin menjadi-jadi walaupun kerajaan telah membuat pelbagai sekatan untuk mereka. Yang nyatanya mereka tetap dengan keluhan untuk membuat pembayaran semula.

Tampillah bersama ISS untuk kami membantu anda dan bebaskan diri anda dari terus di belenggu masalah yang makin menghitamkan seluruh hidup anda pada akan datang. Bagi bekas-bekas pelajar pengajian tinggi, hadirlah bersama ISS dan kami sedia membantu untuk keluarkan anda dari masalah ini. JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DI BEBANI MASALAH LAPUK INI LAGI......

Hubungi kami atau wakil-wakil sah kami untuk bantuan ini...Sekali lagi, kami tidak mengharapkan balasan dari anda, sebaliknya kami mengharapkan kehidupan generasi akan datang bertambah baik dan mulia. Hubungi kami segera.