Monday, May 2, 2011

Cuba renungkan ini....

Baru dapat update blog ni...sibuk-sesibuknya...

Jika ini adalah sebuah cerita, jadikanlah ia sebuah memori antara kita. Hakikatnya ramai yang tak perasan perkara ini berlaku dengan perlahan-lahan dan tanpa di duga. Kisah ini di ambil bila terkenangkan para penyelamat nusa dan bangsa pada masa lalu. Mereka ini bermati-matian membantu dan terus membantu demi nusa dan bangsa!

Ramai di kalangan kita menikmatinya hingga ke hari ini malah dah hampir suku abad yang masih tinggal dan berteduh ditempat yang pernah menyelamatkan mereka sekeluarga. Cuba kita renung-renungkan kembali, insan-insan yang membantu dan menegakkan bangsa demi memelihara dan menjaga taraf hidup bangsa menjadi selesa. Mereka memperjudikan masa dan tenaga mereka untuk kedamaian hidup sejagat. Jika diperhatikan kini, kekurangan ini terasa dan ramai lagi yang masih tidak mendapat nikmati kemudahan yang dulu didahulukan oleh mereka.

Jika kita lihat pembangunan yang pesat membangun kini bagai tiada harapan bagi kita untuk mendapat keistimewaan, apatah lg mendapat mahligai yang dulunya sentiasa memberi harapan baru bagi setiap keluarga. Kepupusan mahligai ini makin menjadi-jadi dan yang paling kasihan bertahun menunggu tiada ruang untuk mendapatkannya.

Apa yang tersirat di sini ialah perumahan murah dan sederhana yang kian berkurangan bagi mereka yang kurang pendapatan. Hakikatnya, berapa ramai yang mampu miliki rumah seumpama ini? Jika yang berkemampuan pula, menjadi satu masalah di sisi nama yang telah disenarai hitamkan oleh institusi kewangan...jatuh muflis jangan dikatakan mampu, layak pun tidak. Di mana kedudukan kita hari ini? Terlepas pandang atau sengaja tidak diendahkan? Nak simpan angan-angan sampai biler? Dah ada cucu pun masih menyewa....Ingatlah jika kita masih ada dan mampu tak mengapa, jika kita dah tiada? Apa yang kita tinggalkan untuk waris-waris kita? Rumah kita tapi milik orang lain....sampai biler keadaan ini akan dihadap? takan nak biarkan generasi akan datang pun duduk di tempat orang lain?

Jesteru itulah ISS nekad dan mengambil pendekatan seumpama ini untuk terus membela dan menaikkan semula taraf hidup bangsa. Jika dulu boleh dikatakan mereka yang berpendapatan RM2000 masih boleh terurus lagi,tapi kini tidak lagi. Sekiranya pendapatan di bawah RM 3000 sebulan dan hanya seorang saja yang bekerja, alamatnya sentiasa ada yang kurang. Pendekatan yang di ambil oleh ISS adalah untuk menjaga nama baik bangsa yang sentiasa berada diawangan sekarang ni. Ramai yang telah jauh tersisih sehinggakan setiap minggu ada merana. Setiap bulan, setiap tahun? Ramai lagi yang memerlukan bantuan dan dorongan, malah ianya mestilah berterusan.....Ada bantuan yang diberikan hanya sementara, maka kehidupan mereka beralih pada saat kedaifan dulu...Ini kisah benar yang disaksikan sendiri di alam nyata dan ianya bukan sekadar sebuah cerita rekaan yang menghasilkan seribu impian.

Ibu tunggal yang terpaksa bekerja siang dan malam untuk menyara kehidupan anak2, ayah yang tak berhenti mengelilingi waktu dan merentas masa untuk sesuap nasi. Sampai bila? Anak yang cerdik pandai terhalang oleh desakan hidup untuk memanjat puncak menara gading....Inilah hakikatnya! Kerana pendapatan yang berkurangan di bawah rm 3000 sebulan. Ramai yang inginmencapai kesenangan hidup tapi masih leka lagi dengan hutang lapuk. Membiarkan masalah yang dulu dengan sengaja dan menganggap ianya bukan sebahagian masalah untuk diri sendiri. Akhirnya, timbullah peribahasa ini, dah terhantuk, baru nak tergadah....
Orang lain dipersalahkan...orang lain dipertanggungjawabkan...

Marilah kita bersama-sama bergabung dan menaikkan taraf hidup nusa dan bangsa untuk kebahagian masa akan datang. Berikan peluang untuk kami terus membantu biarpun ianya nampak terlalu kerdil dan kecil. Hakikatnya, ia akan membawa kebaikan bersama...

Silalah berhubung bersama wakil-wakil TDE ISS untuk keterangan lanjut atau dapatkan borang dengan segera. Pendaftaran sentiasa terbuka bangi mereka yang mengetahui situasi diri sendiri dan janganlah di simpan perasaaan malu yang tak menentu demi kehidupan yang hakiki....Amin.