Saturday, May 21, 2011

Di mana saudara-saudara ku.....

Salam.....dan selamat sejahtera. Ikutkan memang tak sempat nak terjah blog ni tapi ada satu sebab yang menjadikan ianya kuat berdentum untuk menyuarakan hasrat hati. Ada beberapa perkara nak di kecohkan di sini tapi tak lah kecoh mana...

Hairan bila tengok saudara sendiri...begitu ramai yang menghadapi masalah, tapi masih ego yang menggunung. Nak kata takde ilmu, belajar kat tempat yang tinggi-tinggi. Sebab tu orang dulu-dulu tak belajar kat tempat tinggi. Semua pandai-pandai....Orang sekarang belajar tinggi tapi takut, belajar kat bangunan tinggi, gayat, takut jatuh....Rasa takut tu terbawak-bawak sampai lah hari ini....Semua takut..dah takut, tentulah tak ke mana-mana. Berpidato pandai, nak cari jalan keluar, kena ikut jaln yang lintang pukang.....ada jalan mudah depan mata tetap nak jalan jauh. Argh..pening bila baca mukadimah ni..hehehe...

Nak sampaikan berita....ramai hari ini berkejar-kejar untuk merebut peluang yang ada. Tapi ramai saudaraku masih leka lagi....yang datang semua orang asing, bertanya dan merayu pertolongan macam kita ni segala-galanya untuk dia...Dengar, tunggu dan lihat hasilnya, bukan hasil perniagaan tapi hasil kerja yang diamanahkan. Alhamdulillah, semua beres dengan persetujuan, akhirnya keuntungan di nikmati oleh orang asing dulu berbanding saudara sendiri...memang sayanglah bila kita nak selamatkan saudara sendiri, yang lain menyerah diri. Terpaksa terima jugak bila perkhidmatan dari segi amal ni.

Alhamdulillah, Allah tempatku merintih, Dia berikan hidayah untuk mereka yang benar-benar insaf. Kecewa rasanya bila tak dapat tolong saudara sendiri, tapi bila Allah pemudah kerja...semua berjalan lancar tanpa gangguan. Semua bekerjasama hingga selesai. Mana tak nya, di bahagian pemiutang, lunaskan hutang. Di bahagian bank pula terima pembayaran. Mereka lagi seronok, bila dulu rasa rugi...ramai tak nak bayar tapi sekarang bulanan berjalan seperti dorang baru mulakan pinjaman atau baru bukak akaun baru...untung dapat, komisen dapat walaupun x penuh seperti pinjaman baru dan pokok dapat jugak...

Syukur ku pada Ilahi....semakin ku rasa tenangnya jiwa ini bila dapat tolong sorang demi sorang walaupun ianya mengambil masa yang agak lama sedikit. Alhamdulillah juga tiada yang berkeras untuk tergopoh-gapah untuk cepatkan selesai kes di bank...Semuanya tenang dan sabar. Mana taknya, dah lebih 5 tahun tak pernah buat apa-apa bayaran dgn bank, tapi bila dah selesai lega dan berterima kasih tak henti-henti...

Dengarlah pesanan ini dari ku saudara-saudaraku...mengapa orang lain lebih agresif dan mendapat segalanya di dunia ini adalah tindakan pantas mereka dan doa yang tak henti-henti dari bangun tidur hinggalah sebelum tidur pun...Bertawakallah kita pada Allah, Insyaallah diberinya kita petunjuk dan jalan yang mudah YAKINLAH ALLAH SENTIASA BERSAMA HAMBANYA SETIAP SAAT MENDENGAR RINTIHAN. MERAYULAH KEPADANYA.....Insyaallah...Waallahualam...

*p/s hubungilah wakil kami atau talian yang disediakan untuk memudahkan anda semua dan generasi akan datang....