Tuesday, May 24, 2011

Mengapa biarkan terus di hukum?

Salam....Alhamdulillah, bertemu lagi.

Dari hasil perlaksanaan yang dijalankan TDE ISS, masih ramai membiarkan diri terus di hukum. Dah la dijatuhkan hukuman muflis dan telah pun bersetuju untuk membuat pembayaran bulanan Jabatan Insolvensi Malaysia. Tetapi masih ramai yang gagal melunaskan pembayaran bulanan yang telah ditetapkan. Maka, satu lagi beban  mereka akan timbul iaitu untuk mengadap pengadilan semula dek kerana tunggakan yang tidak berbayar.

Mereka membiarkan masalah ini terbenam di dalam memori hidup mereka. Membiarkan tunggakkan bulanan adalah kesilapan yang sering di buat oleh si muflis ini. pembayaran serendah Rm10 pun tidak boleh di buat dengan disiplin. Bagaimana mereka ini hendak dilepaskan jika penjadualan pembayaran yang telah dipersetujui mereka gagal untuk mematuhinya?

Terlalu ramai yang engkar arahan mahkamah dan memandang remeh masalah yang dibebaninya. Masih ada jalan keluar jika mereka patuh arahan kerajaan ini untuk menjaga nama baik mereka. Tetapi ramai yang mengabaikan sehingga menjadi beban untuk generasi seterusnya dalam keluarga. Bagaimana untuk mejadi penjamin darah daging sendiri pula? Sebelum ini diri sendiri menjadi penjamin bagi orang lain, dukacita menjelma pula bila diri sendiri tidak boleh menjamin kesejahteraan masa depan waris sendiri...

Jesteru itu TDE ISS mengambil pendekatan ini untuk membantu mereka yang mempunyai masalah lapuk yang di belenggu selama ini. Hutang lapuk yang dibiarkan tanpa penyelesaian dek kerana sumber yang berlebihan diguna pakai setiap bulan. Beban ini akan membuatkan mereka sering mengabaikan maslah hutang lapuk ini. Alasan demi alasan akan tercipta untuk tidak menyelesaikannya. TDE ISS mengalu-alukan mereka ini untuk tampil dan bersama untuk mencari jalan keluar bagi masalah mereka ini.

Kebajikan yang dijalankan ISS ini menarik minat ramai golongan dan ramai yang telah tampilkan diri bersama ISS. Alhamdulillah, bagi yang masih belum bersama TDE ISS, sila berhubung wakil-wakil ISS untuk maklumat masalah anda. Janganlah bersandar bersama perasaan malu atau takut untuk di tipu, yang penting anda tampil dan kami akan membantu menyelesaikan masalah lapuk anda.

Hubungi kami segera untuk mencerahkan hari anda yang suram kembali bercahaya....

Mempunyai warna putih yang sama, adakah anda tahu bagaimana rasanya? Rasainya, nikmatinya dan barulah anda tahu beza rasanya. Itulah bezanya antara gula dan garam...Fikir2kan...