Wednesday, March 9, 2011

Percayakah Anda??

Bertemu kembali, mari kita lihat statistik yang dipaparkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia mengenai orang muflis di Malaysia. Semakin hari semakin meningkat dan ini yang telah direkod oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Seramai 217,577 orang yang mendaftar di JIM untuk pengistiharan muflis.

Saya sendiri berdepan dengan mereka yang telah disenarai hitamkan dari institusi kewangan, ada di antara mereka ini yang tidak mahu berhubung dengan JIM untuk penjelasan lanjut. Hanya dengar cerita2 yang menakutkan dan seolah2 tiada jalan keluar dari masalah sebegini. Menahan diri dari menjaga status dan malu untuk berterus terang adalah masalah utama yang di hadapi oleh mereka yang telah jatuh muflis.

Siapa yang akan tolong mereka? Rekod buruk ini yang mencacatkan tumbesaran kemajuan rakyat. Mereka di belenggu hutang lapuk dan tercari-cari arah untuk keluar dari masalah ini. Seraya menyahut wawasan kerajaan untuk menjadi Malaysia ke arah negara berbilang kaum yang maju, ISS telah meringankan tulang untuk membantu mereka yang dilema dengan kenangan silam dek ' hutang lapuk ni. Berjalan seiring untuk mengukuhkan ekonomi rakyat Malaysia, ISS sedia membantu mereka yang yang mempunyai masalah blacklisted mahupun muflis.