Thursday, July 7, 2011

Kata KEBAJIKAN...kenapa pulak macam ni???

Alhamdulillah selesai tanggungjawab dan rutin setiap hari...DIA memberikan sesuatu lepas berdoa tadi. Terus mangadap blog yg rata-rata dorang cakap tak up to date. Memang tak dinafikan, maklumlah dgn jadual yg padat, tak berhenti-henti untuk menjelaskan agar mereka ini lebih faham dgn jelas-sejelasnya apabila bersama ISS dan cara bantuan yg diberikan kepada mereka untuk bebas dari masalah hutang.

KATA KEBAJIKAN....KENAPA PULAK MACAM NI??? Itulah salah satu persoalan yang timbul di kalangan umat manusia hari ini. Tidak dinafikan semua orang nak senang, dan kesenangan yang datang mestilah ada kesabaran. ISS bawakan pendekatan ini di mana setiap orang perlu membayar serendah rm2 untuk kami membantu, ini kerana salah satu langkah untuk menghapuskan satu kenyataan "MEMANG MUKA SUBSIDI". dek kerana kenyataan ini setiap orang diberikan satu komitmen untuk mendapatkan keistimewaan apabila bersama ISS. Sampai bila nak hidup dgn subsidi? Bila tak dapat meraung macam harimau. Menyalahkan orang lain pulak dan menyatakan tak perihatin. Tapi apa nak buat? Dah hukum alam untuk tidak terima kenyataan kesalahan dan kesilapan itu datang dari diri sendiri.

Sebab itu, barang siapa yang mempunyai masalah, silalah tampilkan diri dan satu usaha untuk membebaskan masalah lapuk mahupun yang sedia ada hutang piutang. Yang PASTInya ia tetap akan membuat setiap orang itu tidak terlepas dari masalah utama iaitu KEGAGALAN....Bagi yang disiplin, tak menjadi masalah kerana pendapatan yang melimpah ruah. Sayangnya, bagi yang berpendapatan rendah, sebaliknya....akan muncul masalah yang tidak di undang secara tiba-tiba. Beban yang di pikul pun tak sanggup nak pikul, di tambah pula dengan beban yang baru muncul pula. Siapa yang akan terus menolong?? Semua orang akan di bebani dengan masalah kewangan hari ini. Barang mahal, gaji kecil dan pelbagai alasan akan timbul bila beban makin bertambah.

Jesteru iu pihak ISS berbesar hati membawa pendekatan ini agar pengurangan orang yang mengalami beban hutang lapuk ini dapat dibebaskan dalam tempoh yang telah dirancang dengan rapi oleh ISS. Mengharapkan mereka ini akan terus mengikuti nasihat yang diberikan oleh pihak ISS. Jangan percaya dengan kata-kata, lakukan apa yang perlu untuk diri anda yang bermasalah ini lakukan.  Turuti langkah-langkah yang disediakan oleh pihak ISS dan nikmati keistimewaan yang ISS bawakan untuk melepaskan diri dari masalah yang sering membelenggu setiap orang. ISS bukan tempat untuk anda menambah bebanan tapi ISS memberi ruang untuk anda ringankan beban anda.

Bukan satu skim mahupun pelaburan, tetapi satu langkah untuk menjaga nama baik dan menaikkan taraf hidup bangsa melalui kenyataan yang mengelirukan masa kini. Ramai yang telah merasai rahsia bersama ISS, bukan mudah membentuk jati diri untuk diri sendiri jika tidak melalui dorongan dan pimpinan yang betul.

Ramai dari mereka yang mempunyai masalah hutang ini SUKAR BEBAS dari masalah ini. Ini kerana punca utama adalah SIKAP yang menggagalkan segala tempoh perjalanan ke destinasi yang di tujui.KEGAGALAN mematuhi perjanjian untuk penyelesaian hutang tersebut. Gagal untuk membayar adalah tunggak utama menjadikan seseorang itu dan memyebabkan penyenaraian hitam oleh institusi kewangan. Disebabkan masalah ini semakin ketara di kalangan rakyat Malaysia, ISS mencari langkah untuk menyelamatkan mereka ini terus di belenggu masalah yang sama pada masa akan datang...

Hubungi wakil-wakil sah ISS untuk keterangan yang lebih jelas dan dapatkan keistimewaan dan rahsia bersama TDE ISS. Anda mahukan yang PERCUMA, hubungi segera. Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 017-2139758 - Achik-. 

JANGAN PERSOALKAN BAGAIMANA ISS LAKUKAN TETAPI PERSOALKAN BAGAIMANA ANDA SENDIRI INGIN BEBAS DARI MASALAH.

"SEMOGA PERLAKSANAAN INI BERTERUSAN UNTUK KEHIDUPAN YANG HAKIKI"

Friday, July 1, 2011

Inilah matlamatnya.....

Salam untuk semua saudaraku sekelian....fuuhhh memang padat sejak kebelakangan ini. Blog ni pun dah lama tak update. Bukan hanya bercerita dan membuang masa, hakikatnya ini tetap akan berlaku bagi mereka yang menghadapinya....Jadikanlah tauladan...

Ramai yang menyangka ISS membawa satu rancangan perniagaan dengan matlamat akan membawa keuntungan bagi syarikat. Malangnya masih ramai yang termanggu termenung memikirkan masalah lapuk yg tak susut dari pemikiran mereka ini..

Terus terang dan dengan ikhlas hati tiada tujuan untuk mencari keuntungan dunia semata-mata. Kebajikan di cari untuk menyelamatkan mereka-mereka ini dari terus di belenggu masalah lapuk yang tak sudah-sudah menimpa beban diri dan pemikiran mereka. Ada yang sanggup hilang harta yang sepatutnya menjadi pelindung keluarga mereka tetapi dek kerana masalah lapuk ini, mereka kehilangan perlindungan keluarga. Rumah, duit semuanya di sekat gara-gara gagal mematuhi perjanjian yang dimetari bersama pihak institusi kewangan mahupun bank...

Tak kurang juga yang hilang kenderaan dalam masa yg sgt2 singkat. Baru 3 bulan pandu kereta, dah kena pulangkan semula kat bank...bila nak tebus, tiada simpanan untuk tebus. Kasihan....yang lebih malangnya, mereka akan terus mengabaikan harta yang bakal di lelong pihak bank. Ini semua kerana dek rasa sakit hati dgn bank dan juga penarik kereta.....Alasan yang sering didengarkan"Buat apap nak bayar lagi, takan nak bayar benda yang dah takde kat tangan...lg pun dah lelong"...sugguh mudah alasan dikeluarkan...tetapi masa depan yang kian kelam dek hutang sebegini akan membelenggu selepas jangka masa 7 - 10 tahun selepas itu..

Biarpun berkali-kali di hubungi, masih gagal untuk melunaskan sisa-sisa baki yang ada. Masalah yang paling ketara, segala aset mereka akan di tahan oleh pihak bank. Masa ni lah keadaan menjadi kelam kabut untuk semua urusan. Lagi haru biru bila mana telah diistiharkan muflis...dari jumlah yang kecil pada awalnya, ianya menjadi berganda-ganda tanpa pengetahuan mereka.

Janganlah ini terus terjadi pada masyarakat kita hari ini, perubahan mesti dilakukan untuk menyelamatkan mereka. Disebabkan kes-kes sebegini yang semakin ketara di kalangan yang berpendapatan rendah, ISS mengambil satu pendekatan untuk mereka ini terus tampil dan memberikan maklumat masalah lapuk mereka. Dan ini adalah julung-julung kali dan yang pertama dilakukan untuk menyelamatkan mereka dari terus hanyut bersama masalah lapuk ini.

Matlamat utama ISS bertindak sebegini adalah kerana, ramai yang tidak boleh menjadi penjamin untuk generasi mereka pada masa hadapan. Janganlah mengharap lagi akan adanya orang lain yang akan menjadi penjamin bagi pinjaman pelajaran anak-anak kita. Sedarilah yang hakikatnya diri kita sendiri yang mesti menjadi penjamin demi masa depan anak-anak kita. Matlamat utama adalah untuk kesejahteraan kehidupan yang hakiki, meskipun masih ramai yang buruk sangka dan mencaci, biarpun masalah mereka telah ditangani oleh pihak ISS. Namun masih juga yang menyangkakan semua itu memang diuruskan oleh mereka sendiri, walhal sebelum kedatangan ISS, mereka teruk memikirkan masalah lapuk mereka ini...bila dah selesai dan menikmati kehidupan yang kembali cerah, berlaku sebaliknya...kasihan mereka ini...

Namun, kami pihak ISS tetap akan membawa perubahan yang ketara dari masa ke semasa. Demi menjaga dan mempertahankan matlamat utama iatau kehidupan yang hakiki....akhirat jua lah kekal selamanya...Insyaallah dan mudah-mudahan mereka tergolong bersama orang-orang yang benar...Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Hubungi pakar kami dari ISS untuk memudahkan penyelesaian masalah lapuk anda di talian 017-2139758 Achik...Insyaallah anda tetap di bantu walau apa cara sekali pun...