Friday, July 1, 2011

Inilah matlamatnya.....

Salam untuk semua saudaraku sekelian....fuuhhh memang padat sejak kebelakangan ini. Blog ni pun dah lama tak update. Bukan hanya bercerita dan membuang masa, hakikatnya ini tetap akan berlaku bagi mereka yang menghadapinya....Jadikanlah tauladan...

Ramai yang menyangka ISS membawa satu rancangan perniagaan dengan matlamat akan membawa keuntungan bagi syarikat. Malangnya masih ramai yang termanggu termenung memikirkan masalah lapuk yg tak susut dari pemikiran mereka ini..

Terus terang dan dengan ikhlas hati tiada tujuan untuk mencari keuntungan dunia semata-mata. Kebajikan di cari untuk menyelamatkan mereka-mereka ini dari terus di belenggu masalah lapuk yang tak sudah-sudah menimpa beban diri dan pemikiran mereka. Ada yang sanggup hilang harta yang sepatutnya menjadi pelindung keluarga mereka tetapi dek kerana masalah lapuk ini, mereka kehilangan perlindungan keluarga. Rumah, duit semuanya di sekat gara-gara gagal mematuhi perjanjian yang dimetari bersama pihak institusi kewangan mahupun bank...

Tak kurang juga yang hilang kenderaan dalam masa yg sgt2 singkat. Baru 3 bulan pandu kereta, dah kena pulangkan semula kat bank...bila nak tebus, tiada simpanan untuk tebus. Kasihan....yang lebih malangnya, mereka akan terus mengabaikan harta yang bakal di lelong pihak bank. Ini semua kerana dek rasa sakit hati dgn bank dan juga penarik kereta.....Alasan yang sering didengarkan"Buat apap nak bayar lagi, takan nak bayar benda yang dah takde kat tangan...lg pun dah lelong"...sugguh mudah alasan dikeluarkan...tetapi masa depan yang kian kelam dek hutang sebegini akan membelenggu selepas jangka masa 7 - 10 tahun selepas itu..

Biarpun berkali-kali di hubungi, masih gagal untuk melunaskan sisa-sisa baki yang ada. Masalah yang paling ketara, segala aset mereka akan di tahan oleh pihak bank. Masa ni lah keadaan menjadi kelam kabut untuk semua urusan. Lagi haru biru bila mana telah diistiharkan muflis...dari jumlah yang kecil pada awalnya, ianya menjadi berganda-ganda tanpa pengetahuan mereka.

Janganlah ini terus terjadi pada masyarakat kita hari ini, perubahan mesti dilakukan untuk menyelamatkan mereka. Disebabkan kes-kes sebegini yang semakin ketara di kalangan yang berpendapatan rendah, ISS mengambil satu pendekatan untuk mereka ini terus tampil dan memberikan maklumat masalah lapuk mereka. Dan ini adalah julung-julung kali dan yang pertama dilakukan untuk menyelamatkan mereka dari terus hanyut bersama masalah lapuk ini.

Matlamat utama ISS bertindak sebegini adalah kerana, ramai yang tidak boleh menjadi penjamin untuk generasi mereka pada masa hadapan. Janganlah mengharap lagi akan adanya orang lain yang akan menjadi penjamin bagi pinjaman pelajaran anak-anak kita. Sedarilah yang hakikatnya diri kita sendiri yang mesti menjadi penjamin demi masa depan anak-anak kita. Matlamat utama adalah untuk kesejahteraan kehidupan yang hakiki, meskipun masih ramai yang buruk sangka dan mencaci, biarpun masalah mereka telah ditangani oleh pihak ISS. Namun masih juga yang menyangkakan semua itu memang diuruskan oleh mereka sendiri, walhal sebelum kedatangan ISS, mereka teruk memikirkan masalah lapuk mereka ini...bila dah selesai dan menikmati kehidupan yang kembali cerah, berlaku sebaliknya...kasihan mereka ini...

Namun, kami pihak ISS tetap akan membawa perubahan yang ketara dari masa ke semasa. Demi menjaga dan mempertahankan matlamat utama iatau kehidupan yang hakiki....akhirat jua lah kekal selamanya...Insyaallah dan mudah-mudahan mereka tergolong bersama orang-orang yang benar...Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Hubungi pakar kami dari ISS untuk memudahkan penyelesaian masalah lapuk anda di talian 017-2139758 Achik...Insyaallah anda tetap di bantu walau apa cara sekali pun...