JANJI
TERBUKTI!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pepatah ada mengatakan
bahawa “Penantian Itu Satu Penyiksaan”. Walaubagaimanapun di dalam Tabung Dana
Ehsan ISS “Penantian itu sangat menguntungkan”. Mengapa membuatkan saya berkata
begitu?
Selama ini kami di HQ sering saja menerima panggilan bagi
menanyakan bila lagi bantuan RM600 akan di beri. Setiap hari malahan setiap
saat bertalu-talu soalan diajukan. Semuanya dengan perasaan bimbang memikirkan
adakah usaha TDE ISS selama ini benar ataupun satu penipuan.
Nah sekarang masa yang ditunggu telah tiba. Segala usaha
keras selama ini bukanlah omong kosong. Syukur dipanjatkan kepada Ar Rahman kerana
kasih sayangnya sentiasa bersama-sama kita. Segala bantuan dariNya ternyata
janji yang pasti. Sering saja di mana-mana taklimat dinyatakan bahawa Janji
Illahi itu PASTI dan sudah sampai masanya kepastian itu direalisasian dalam
bentuk janji tertunai. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah. Segala puji
bagi Engkau ya Rabb tiada yang layak dipuji sebenar-benar pujian hanya Engkau.
Bebanan selama ini seakan tidak tertanggung telah
disusutkan dengan bantuan dari TDE ISS ini. Bermulanya pembayaran pada bulan
Mei 2012 telah menguatkan lagi kebenaran usaha-usaha murni dari Tabung Dana
Ehsan ISS ini. Walau agak sibuk dengan urusan pembayaran namun tidak terlintas
kekesalan di hati setiap warga kerja TDE ISS ini malahan setiap bebanan hutang
itu di bayar mengikut saluran bank masing-masing tanpa gagal.
Satu lagi usaha murni yang masih dilaksanakan sehingga kini
adalah Program Titian Kasih yang telah dilancarkan pada bulan yang sama iaitu
Mei 2012. Ini membuktikan bahawa walaupun sibuk dengan urusan pembayaran
peruntukan namun kami di TDE ISS tetap melaksanakan bantuan-bantuan kemanusiaan
terhadap insane daif di luar sana. Ahamdulillah dengan segala kecukupan yang
ada dari segi mental dan spiritual maka perjalanan Titian Kasih masih utuh dan
pihak kami masih mengharapkan penyertaan dari peserta-peserta negeri lain juga.
Bermula dengan sumbangan di Negeri Kedah sebanyak dua
orang yang di bantu maka kami akan meneruskan kenegeri-negeri lain di Malaysia.
Objektif utama program ini adalah “Sifar Kemiskinan” dan dengan izin Allah
semoga usaha ini akan berterusan selamanya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Pihak kami masih mengalu-alukan kepada semua masyarakat
di Malaysia ini untuk bersama-sama dengan TDE ISS bagi memberi peluang kepada
kami amnya dan kepada diri anda khasnya agar dapat pihak kami buktikan akan
kebenaran yang kami usahakan selama ini. Insyaallah dengan tarian janji yang
cantik ini maka kami mengharapkan ramai lagi insane-insan yang datang kepada
kami. Bawa apa saja bentuk hutang dan kami akan bayarkan tanpa gagal.
Insyaallah.
Sedikit Petikan
Hadith untuk renungan bersama:-
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda
s.a.w. bersabda:
"Sesiapa
yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau
membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah
s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada
hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Kesimpulan
Hadis:
1-
Galakan
supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan
tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau
sebahagiannya sahaja.
2-
Kelebihan
orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat
ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.
3-
Kelebihan
mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka
serta harus berurusan dengan cara hutang.
Jazakallah Khairan.