Segala Puji hanya bagi Allah, Penguasa dari segala penguasa
yang menguasai Raja sekelian raja-raja dan tidak ada sesuatu kekuasaan apapun
melainkan hanyalah Ia yang berkuasa atas tiap-tiap segala sesuatu serta
meliputi sekelian alam.
Selawat dan salam yang tidak terhingga dan tidak terbatas
serta tiada tandingnya atas Kekasih Pilihan yang menjadi panutan bagi
orang-orang yang beriman, Sayyidi wa Mawla Al-Mustofa Muhammad Rasulullah S.A.W
sebanyak bilangan makhluk yang diciptakan, seluas samudra yang tiada bertepi,
disetiap detik waktu dan zaman di setiap tarikan nafas degupan jantung,
kerdipan mata, darah mengalir dan disetiap detik waktu dan disetiap serba serbi
yang meliputi sesuatu maka sebanyak itulah teratur Selawat dan salam ke atas
Baginda beserta para keluarga ahli bait yang tangisannya adalah mutiara,
sedihnya adalah cinta, rintihannya adalah doa. Tidak lupa pula Rahmat dan
Barakah Allah senatiasa mencurah-curah dan memancar kepada Para sahabat-sahabat
Rasulullah S.A.W yang menjadi kawan dalam suka dan duka, bersama berjuang
menegakkan Kalimah Allah di muka bumi dan bersama-sama berganding bahu untuk
menyebarkan Agama Suci iaitu Islam Indallah.
Amma ba’du.
Saudara-saudaraku sekelian yang di rahmati Allah swt.
Salam Aidilfitri walaupun Syawal sudah lama meninggalkan
kita. Kesibukkan melaksanakan tugas seharian begitu membataskan untuk mencoret
di blogspot ini. Alhamdulillah hari ini akan dikongsi banyak fakta-fakta yang
dikira sangat-sangat indah anugerah illahi.
Setelah perbincangan dengan pihak tertinggi ISS maka dengan
ini akan dimaklumkan bahawa ada beberapa perubahan dan juga penambaikkan dalam
Kaedah-kaedah bantuan dari TDE ISS.
1.
Kaedah Sumbangan.
i.
KAEDAH A – Bayar RM502 / RM702
ii.
Kelebihan berdasarkan rajah di bawah:-
KEISTIMEWAAN
|
RM502
|
RM702
|
SUMBANGAN TAHUNAN
|
●
|
●
|
RM600 X 36 BULAN
|
●
|
●
|
RM50 X 36 BULAN
|
●
|
●
|
KHAIRAT KEMATIAN
|
●
|
●
|
PETROL RM200 X 24 BLN
|
●
|
●
|
TEL ONE SALAM RM50 X 24 BULAN
|
●
|
●
|
RM500 X 24 BULAN
|
●
|
iii. TEMPOH MENUNGGU - KAEDAH A berubah dari 7 bulan kepada 9 bulan!
Tempoh bayaran tetap sama iaitu RM
600 X 36 BULAN
Jika sebelum ini adalah 7 bulan akan tetapi sekarang MASUK BULAN KE 9
(BERMULA PENDAFTARAN SELEPAS 21 SEPT 2012.
Tujuannya tidak lain ialah untuk
memudahkan urusan semua pihak menangani hal-hal remah yang berkaitan dengan
tempoh menunggu ini.
iv.
KAEDAH B – Bayar RM2202
v.
Kelebihan berdasarkan rajah di bawah:-
KEISTIMEWAAN
|
RM
1872
|
RM2202
|
SUMBANGAN TAHUNAN
|
●
|
●
|
RM600 X 36 BULAN
|
●
|
●
|
RM50 X 36 BULAN
|
●
|
●
|
KHAIRAT KEMATIAN
|
●
|
●
|
PETROL RM200 X 24 BLN
|
●
|
●
|
TEL ONE SALAM RM50 X 24 BULAN
|
●
|
●
|
RM500 X 24 BULAN
|
●
|
|
BAYARAN SEGERA RM150 X 36 BULAN
|
●
|
●
|
Jadi, untuk pendaftaran biarlah ambil bayaran penuh kerana kebaikkannya nanti anda juga yang akan dapat. Insyaallah.
Syukur
Alhamdulillah kerana TDE ISS masih memikirkan pelbagai penambahbaikan untuk
kebaikan ummah. Antara yang terbaru adalah Talian Telekomunikasi One Salam, Sumbangan Tambahan RM500 selama 2 tahun dan Pendidikkan untuk mendapatkan
notebook bagi pelajar berumur 10 hingga 12 tahun.
Bagaimana
untuk mendapatkan semua yang tersebut di atas?
1.
Telekomunikasi – Pecahan pendaftaran RM130 akan
dikhaskan bagi tujuan telekomunikasi One Salam. Kebaikkannya adalah selepas
menerima sim kad maka pengguna/ahli layak untuk mendapat tambah nilai sebanyak
RM50 sebulan selama 24 bulan. Dengan kadar panggilan serendah RM0.007 sen seminit
maka ternyata banyak penjimatan boleh dibuat. Selain itu pengguna/ahli juga
layak untuk mendapat 1800 sms PERCUMA!!
2.
Sumbangan Tambahan RM500 – Pecahan pendaftaran
RM200 maka anda akan layak untuk menerima sumbangan sebanyak RM500 selama 24
bulan hanya selepas 9 bulan. Subhanallah. Bayangkan sahaja berapa banyak
sumbangan yang bakal anda terima selepas 2 tahun? RM12,000 tuan-tuan. Jika
pendaftaran untuk seisi keluarga yang kesemuanya 6 orang maka berapa yang bakal
anda perolehi? Begitulah rezeki Allah Taala yang maha luas.
3.
Pendidikan – Hanya layak bagi anak-anak yang
masih bersekolah di Tahun 4 hingga Tahun 6 iaitu umur di antara 10 hingga 12
sahaja. Pendaftaran RM250 sahaja dan layak untuk mendapat 1 set notebook
apabila berpindah darjah kelak.
Lihatlah
tuan-tuan dan puan-puan akan luasnya rezeki Allah untuk setiap hamba-hambaNya.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T. telah
ditetapkan rezeki untuknya. sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Allah S.W.T.
yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang telah menjamin rezeki untuk semua
makhluknya, dari sekecil-kecilnya makhluk (kuman) hinggalah sebesar-besarnya
(ikan paus) dan tidak dikurangkan sedikit pun daripadanya.
Manusia diminta untuk
berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki
yang telah disedaikan oleh Allah S.W.T. dimuka bumi ini.
Firman Allah s.w.t.yang bermaksud
:
“Barangsiapa yang bertakwa
kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari
kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan
barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan
keperluannya.”
(Surah At-Talaq ayat 2-3)
Takwa adalah merupakan
kriteria atau ukuran sesaorang yang paling hampir dengan Allah S.W.T.
Sesiapa saja dikalangan hamba-hamba Allah yang paling tinggi takwanya maka dia
adalah orang yang paling mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang bertakwa adalah
orang mukmin yang cukup berhati-hati didalam menjalani kehidupan didunia ini,
amat takut kalau-kalau dia terjerumus didalam kehidupan yang mendatangkan
kemurkaan Allah S.W.T.
Kadangkala seseorang pernah bertanya pada diri sendiri,
“Kenapa rezekiku sempit? Buat berbagai usaha tetapi masih gagal
mencapai matlamatnya? Berniaga merosot, puas aku berdoa dan minta pertolongan
Allah tetapi masih tidak dimakbulkan-Nya?”
Perlu di ingat bahawa Allah
S.W.T. Maha Mengetahui apa akan berlaku kepada para hamba-Nya dilambatkan
permohonannya adalah untuk kebaikan hambanya sendiri. Kerana takwanya belum
mantap, maka diuji lagi supaya semakin banyak ia berusaha, berdoa dan
bertawakal maka akan melahirkan hubungan yang erat hatinya dengan Allah S.W.T.
dan Dia ingin memberikan pahala yang besar kepadanya diatas kesabarannya. Oleh
itu kita kena berbaik sangka dengan Allah S.W.T. berdoa dan terus berdoa jangan
putus asa. Cepat atau lambat dikabulkan
doa kita adalah urusan Allah S.W.T.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Allah S.W.T.
berfirman, ‘Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku’.”(Hadis
RiwayatAl-Bukhari)
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya : “Janganlah
kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah.” (Hadis
Riwayat Muslim)
Apakah maksud berbaik sangka dengan Allah? Berbaik sangka
di sini adalah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa
takut mengatasi rasa harap.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi,
Rasulullah S.A.W. pernah
bersabda yang bermaksud :
“Jika sekiranya kamu
bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi
rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang
di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu
petang, temboloknya sudah penuh.”
Orang-orang yang bertawakal ialah mereka yang yakin
dengan jaminan rezeki daripada Allah S.W.T. dan mereka akan mendapat balasan
yang baik di akhirat nanti.
Kunci rezeki dan
perbendaharaan Allah S.W.T. hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka
pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak
beristighfar, bersedekah, sentiasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, solat
duha, solat tahajjud , berzikir dan membaca al-Quran. Amalan-amalan soleh ini
jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan Allah S.W.T. dan apabila
Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita
dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.
Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di atas dunia
ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mangingati Allah.
Oleh itu, kita perlu bertawakal kepada Allah dengan hakikat tawakal yang
sebenarnya. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan
sepenuhnya kepada Allah. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah.
Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang penting,
kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat.
Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang
sementara ini. Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat,
ia tidak akan dapat mengatasi takdir Allah.
“Tidak
bergerak sesuatu itu sekecil apa pun jua melainkan semuanya dengan izin Allah”