Monday, June 4, 2012






JANJI TERBUKTI!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 Pepatah ada mengatakan bahawa “Penantian Itu Satu Penyiksaan”. Walaubagaimanapun di dalam Tabung Dana Ehsan ISS “Penantian itu sangat menguntungkan”. Mengapa membuatkan saya berkata begitu?

Selama ini kami di HQ sering saja menerima panggilan bagi menanyakan bila lagi bantuan RM600 akan di beri. Setiap hari malahan setiap saat bertalu-talu soalan diajukan. Semuanya dengan perasaan bimbang memikirkan adakah usaha TDE ISS selama ini benar ataupun satu penipuan.

Nah sekarang masa yang ditunggu telah tiba. Segala usaha keras selama ini bukanlah omong kosong. Syukur dipanjatkan kepada Ar Rahman kerana kasih sayangnya sentiasa bersama-sama kita. Segala bantuan dariNya ternyata janji yang pasti. Sering saja di mana-mana taklimat dinyatakan bahawa Janji Illahi itu PASTI dan sudah sampai masanya kepastian itu direalisasian dalam bentuk janji tertunai. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah. Segala puji bagi Engkau ya Rabb tiada yang layak dipuji sebenar-benar pujian hanya Engkau.


Bebanan selama ini seakan tidak tertanggung telah disusutkan dengan bantuan dari TDE ISS ini. Bermulanya pembayaran pada bulan Mei 2012 telah menguatkan lagi kebenaran usaha-usaha murni dari Tabung Dana Ehsan ISS ini. Walau agak sibuk dengan urusan pembayaran namun tidak terlintas kekesalan di hati setiap warga kerja TDE ISS ini malahan setiap bebanan hutang itu di bayar mengikut saluran bank masing-masing tanpa gagal.

Satu lagi usaha murni yang masih dilaksanakan sehingga kini adalah Program Titian Kasih yang telah dilancarkan pada bulan yang sama iaitu Mei 2012. Ini membuktikan bahawa walaupun sibuk dengan urusan pembayaran peruntukan namun kami di TDE ISS tetap melaksanakan bantuan-bantuan kemanusiaan terhadap insane daif di luar sana. Ahamdulillah dengan segala kecukupan yang ada dari segi mental dan spiritual maka perjalanan Titian Kasih masih utuh dan pihak kami masih mengharapkan penyertaan dari peserta-peserta negeri lain juga.

Bermula dengan sumbangan di Negeri Kedah sebanyak dua orang yang di bantu maka kami akan meneruskan kenegeri-negeri lain di Malaysia. Objektif utama program ini adalah “Sifar Kemiskinan” dan dengan izin Allah semoga usaha ini akan berterusan selamanya. Amin Ya Rabbal Alamin.

Pihak kami masih mengalu-alukan kepada semua masyarakat di Malaysia ini untuk bersama-sama dengan TDE ISS bagi memberi peluang kepada kami amnya dan kepada diri anda khasnya agar dapat pihak kami buktikan akan kebenaran yang kami usahakan selama ini. Insyaallah dengan tarian janji yang cantik ini maka kami mengharapkan ramai lagi insane-insan yang datang kepada kami. Bawa apa saja bentuk hutang dan kami akan bayarkan tanpa gagal. Insyaallah.


Sedikit Petikan Hadith untuk renungan bersama:-

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda:  

"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya."  (Hadis riwayat Imam Tirmizi).  

Kesimpulan Hadis:  
1-      Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja. 

2-      Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.

3-      Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang.

Jazakallah Khairan. 

WAJAR LUNASKAN PINJAMAN WALAUPUN SELEPAS KEMATIAN.

KEGHAIRAHAN dan kejahilan waris sering mengatasi kehendak syarak terutama dalam perkara menentukan hutang atau liabiliti si mati serta keperluan melunaskan atau membayar balik hutang berkenaan.

Waris sanggup turun naik mahkamah berebut harta pusaka sesama keluarga dan paling buruk, sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan demi merebut pusaka serta mahukan bahagian masing-masing.

Bagaimana dengan tanggungjawab membabitkan hutang atau liabiliti si mati? Menjadi tanggungjawab waris menentukan hutang si mati dan melunaskan semua hutang yang sudah dikenal pasti, sama ada membayarnya dengan pusaka si mati ataupun menggunakan wang sendiri.
Islam menekankan dengan tegas tanggungjawab membayar hutang walaupun selepas kematian penghutang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.”

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Dan barang siapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati maka Allah akan bertanya di hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku? Maka dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan pada orang yang berhutang.”
Rasulullah SAW mengingatkan, orang yang berhutang terikat dengan pembayaran. Dia mesti menjelaskan hutangnya semasa di dunia kerana apabila dia sudah mati dan masih menanggung hutang, maka rohnya akan tergantung sehinggalah dijelaskan hutang itu.

Oleh demikian, apabila waris enggan melunaskan hutang si mati, apakah yang terjadi kepada rohnya? Pembayaran hutang si mati perlu didahulukan supaya roh si mati tidak tergantung selagi mana hutang tidak diselesaikan.

Di AmanahRaya, pengesahan hutang atau liabiliti penting dalam mentadbir pusaka si mati. Proses terperinci akan dibuat dan dilaksana berdasarkan dokumen sah serahan waris apabila menyerahkan borang mentadbir yang boleh dibuat di mana-mana 19 cawangan AmanahRaya di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Waris perlu mempunyai dokumen sah dan Amanah Raya perlu menyiasat status hutang itu. Proses itu memerlukan AmanahRaya berkomunikasi dengan semua pihak dan bertindak berdasarkan senarai hutang diserahkan waris. Tempoh pengesahan tertakluk kepada siasatan yang dijalankan, juga berdasarkan profil hutang. Ada juga tuntutan hutang daripada individu, syarikat dan waris kepada AmanahRaya. Tuntutan perlu diterima jika disokong dokumen sah.

Semua tuntutan hutang perlu melalui proses ditetapkan supaya status hutang atau tuntutan hutang dapat dikenal pasti dan tidak dicabar setelah pembahagian dibuat serta fail ditutup. Bukan itu saja, proses penentuan hutang berkait rapat dengan hak waris kepada pusaka si mati.

Proses ini akan memakan masa lama jika waris tidak bekerjasama dan tidak dapat mengesahkan dokumen yang diserahkan. Walau bagaimanapun ada juga waris yang prihatin dan sedar pentingnya perkara ini.

Pelbagai cara dilakukan waris bagi menyelesaikan perkara itu seperti membuat iklan pengisytiharan hutang atau tuntutan hutang di akhbar terutama apabila waris maklum akan hutang tetapi tidak dapat mengesan pemberi hutang.

Oleh demikian, waris bersetuju dan memohon satu iklan diterbitkan dalam bentuk notis. Semua urusan terbitan iklan akan dilakukan oleh AmanahRaya dan iklan diterbitkan untuk satu tempoh dibenarkan.

Tujuan utama adalah untuk memberitahu umum perihal kematian si mati dan memberi peluang pemberi hutang yang ingin membuat tuntutan menghubungi pentadbir (AmanahRaya) dengan membawa dokumen sokongan sah. Kos ini ditanggung oleh pusaka si mati.

Bagi tuntutan belanja kematian dengan dokumen sokongan ia adalah biasa tetapi ramai yang tidak tahu apa perlu dibuat. Pertama, nama pihak yang menuntut perlu dinyatakan dengan jelas dalam resit bayaran berkaitan. Jika nama pihak yang menuntut tidak dinyatakan dalam resit, surat pengesahan dari pihak yang mengeluarkan resit diperlukan. Lain-lain dokumen sokongan boleh dikemukakan oleh pihak yang menuntut sebagai bukti pembayaran dilakukan jika ada. Resit dikeluarkan dalam bahasa asing selain Tuntutan tanpa dokumen sokongan kebiasaannya memakan masa tetapi AmanahRaya tetap menerima tuntutan itu. Walau bagaimanapun tuntutan perlu memenuhi syarat berikut:-

·         akuan bersumpah dari pihak yang menuntut; 
·         perjanjian bertulis antara si mati dengan pihak yang menuntut (jika ada); 
·         akuan bersumpah daripada dua saksi yang mengesahkan mengenai hutang dan keadaan tuntutan; 
·         persetujuan bersumpah semua waris berhubung tuntutan dan pembayaran hutang/tuntutan hutang kepada pihak yang menuntut; 
·         jika terdapat pertikaian berhubung tuntutan hutang, perintah mahkamah bermeterai perlu diperoleh dari pihak yang menuntut bagi pengesahan hutang dan bayaran yang boleh dilakukan kepadanya. 

Kewajipan melunaskan hutang terkandung dalam Seksyen 13 (1) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (AKTA 98): Pada penentuan pendengaran pemungut hendaklah melalui perintahnya membuat peruntukkan bagi pembayaran dari harta pusaka bagi duti estet, jika ada, dan perbelanjaan pengebumian dan hutang si mati...”

Ramai yang tidak sedar perihal hutang lapuk sama ada dengan sengaja atau tidak tetapi hutang lapuk membawa kesan kepada si mati dan generasi seterusnya.
Hutang lapuk ialah hutang yang tidak dibayar dalam masa tempoh yang lama. Jika orang yang memberi hutang atau warisnya tidak ditemui, maka nilai wang hutang itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.Firman Allah yang bermaksud: “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 245)

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW pernah berhutang seekor unta kemudian beliau membayarnya dengan yang lebih baik dan bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya.” (Hadis sahih Muslim)

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang berhutang dengan maksud membayarnya kembali, Tuhan akan menolongnya dengan membayar kembali. Siapa yang mengambil harta orang lain dengan maksud menghilangkannya, Tuhan akan menolong menghilangkannya.” (Hadis sahih Bukhari).

"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT MEMBAYAR HUTANG"