Sunday, June 19, 2011

Alahai kesiannya......

Terangi kehidupan dulu yang suram dan kebalikan cahaya yang cerah untuk kehidupan hakiki...




Salam hormat...baru dapat update semula blog kesayangan ni. Dah lama tak update disebabkan terlalu padat jadual pertemuan bersama mereka yang bermasalah.


Memang terlalu kesian mereka-mereka ini sebenarnya...kenapa saya berkata begitu, dek kerana masalah yang dah lama terbenam dalam pemikiran mereka. Ditambah beban yang selalu hadir setiap hari dengan beban kerjanya dan pelbagai beban yang hendak ditanggung setiap bulan.

Yang paling kesian bila ada jugak yang masih tertanya-tanya????? Betul ke ni??? Mana ada orang nak bagi duit tolong selesaikan masalah hutang lapuk kita. SEDANGKAN AKU SENDIRI PUN TAK HIRAUKANNYA!!! Itulah alasan demi alasan dan jugak persoalan demi persoalan yang mereka ini timbulkan bila bersama saya, walhal dan hakikatnya telah terbukti jelas dengan segala urusan yang telah dibuat. Bukan setakat bualan kedai kopi tapi kenyataan dan di lihat dengan mata sendiri lagi....

Memang tidak dapat menyalahkan mereka ini kerana mungkin pada masa dulu, mereka telah mencuba segala peluang dgn menceburi bermacam-macam perniagaan untuk mencari jalan penyelesaian hutang piutang tetapi mereka tidak menyedari masalah hutang lapuk ini yang terbiar begitu sahaja. Akibatnya bila tertampil pertemuan baru seperti pendekatan yang di bawa ISS, mereka kurang yakin untuk membetulkan keadaan diri mereka.

Kaedah yang disediakan ISS memang sangat-sangat berbeza. Salah satunya ialah hutang tersebut dibayar melalui TDE ISS dan tidak kepada penama tersebut. Ini kerana sesiapa pun yang mana diberikan sejumlah kewangan terus untuk menyelesaikan masalah hutang tertunggak atau hutang lapuk ini, hanya 10% kewangan tersebut akan digunakan untuk dibuat pembayaran kepada Institusi kewangan atau mereka ini masih gagal untuk melunaskan masalah lapuk tersebut. Selebihnya mereka akan gunakan atas keperluan peribadi, walhal sekiranya masalah lapuk ini diselesaikan dahulu, ianya akan menyenangkan seseorang itu dari menanggung beban yang tertinggal..

Wahai saudara-saudaraku sekelian alam, bukalah mata hati kalian untuk kebahagian kehidupan yang hakiki. ISS tidak menjalankan urusan untuk kepentingan diri kami sebaliknya ISS memndang berat kehidupan yang akn kekal abadi...Akhirat...AMIN...