Wednesday, April 13, 2011

Kami sentiasa menanti untuk anda tampil.

Salam hormat, setelah pengamatan yang di buat selama ini, ternyata masih ramai yang memerlukan bantuan. Tetapi dalam masa yang sama mereka ini di halang oleh perasaan malu dan sifat keegoan dalam diri.

Meski pun langkah deni langkah di ambil untuk membantu, masih ramai yang malu untuk tampil berterus terang. Menjaga status katanya, malu dengan rakan2, saudara mara bila rahsia sebagai seorang yang blacklisted atau muflis. Walhal, jika diperhatikan mereka ini dengan mudah membiarkan hutang2 lapuk itu "bertimbun" dengan caj interest nye.

Mengapa tidak memberikan laluan untuk kami sama2 membantu? Mengapa dibiarkan sahaja peluang yang ada demi masa depan anak-anak pada masa akan datang. Takan dah TERHANTUK BARU NAK TERGADAH?

Bangunlah saudara2 ku sekelian, Kami di TDE bukan mencari keuntugan diri sendiri, tetapi memberikan keuntungan kepada generasi akan datang iaitu pewaris kita semua.

Bukan untuk mendabik dada apabila berada di tempat yang memang semua orang memerlukan. Tetapi perihatin dengan sikap dan sifat2 yang dibiarkan begitu sahaja. Mereka membiarkan masalah mereka membebani masa depan anak-anak dan keluarga mereka.

Risau? Pening? Malu? Takut? Ragu-ragu? Hindarkan semua tu dulu, hubungi wakil sah kami untuk keterangan bagaimana TDE ISS ini boleh membantu anda hindarkan semua ini.

Inilah lumrah hidup, kerana perasaan perkara yang tak disangka2 berlaku pada setiap orang. Malahan ada yang masih tidak mahu mengalah dan masih simpan agar ia menjadi kenangan untuk generasi akan datang. Hakikatnya ramai yang keluh kesah apabila ia menjadi satu masalah yang sebelum ni dianggap remah oleh sesetengah orang. Nama di senarai hitamkan dari semua institusi kewangan dan ada yang telah di istihar MUFLIS!

Hakikatnya ramai yang terpaksa menanggung masalah ini dari menyelesaikannya. Biarpun berusaha siang dan malam, perkara ini tetap diketepikan,ditangguhkan dan dibiarkan sahaja. Terlalu banyak alasan dan kenyataan diberikan. Namun ia akan semakin rumit dan sentiasa bermain difiran mereka.

Apa yang saya ingin kongsikan bersama adalah HUTANG LAPUK yang sering berada didalam setiap bangsa kita. Dalam perjumpaan kali ini dan inilah hasil yang saya dapati,

60% - masalah kereta DITARIK / DILELONG /
20% - sebagai PENJAMIN
10% - PTPTN / MARA
10% - kad kredit

Masalah yang dihadapi oleh mereka2 ini bukan hanya 2 atau 3 tahun, tetapi ada yang melebihi 15 tahun! Apabila ditanya, kerana gaji kecil, kos sara hidup melebihi gaji dan macamna nak bayar, komitmen terlalu besar. Buat pinjaman pun guna nama pasangan. Jadi, masalah yang dulu dibiarkan kini menjadi masalah besar apabila diistiharkan muflis.

Jadi, fikirkanlah...renungkan. Ada sesiapa yang ingin berikan pinjaman untuk kita selesakan HUTANG LAPUK ini? Takan nak pinjam  ALONG PULAK? Angah yang darah daging sendiri pun risau bila namanya nak dipinjam...alahai..dia sendiri pun hutang PTPTN tak bayar lg, belajar dah habis 6 tahun. Bila gaji..nanti dulu lah, bulan depan baru bayar. Hakikatnya, jangan kata bulan depan tp 5 atau 6 bulan baru bayar sekali.

Tuan2 dan Puan2...generasi akan datang masih memerlukan kita...mereka ada masa depan yang cerah. Jangan kaburi masa depan mereka dengan masalah kita. Kita akan menjadi salah seorang penjamin bagi pinjaman mereka kelak. Bila dah blacklist atau muflis, anak2 menanggung sengsara. Walaupun kita bekerja, part time dan mcm2 lagi side income, pasti blacklist diketepikan. Bank terus memberi peringatan dan terus hubungi kita. Namun, hutang tetap dibiarkan dulu.

Jesteru itu, saya dengan rela hati ingin membantu menaikkan nama bangsa dan agama tampil kehadapan berikan bantuan. Bersihkan nama anda, walaupun ia memakan masa. Sekiranya sudi dan meyokong bantuan yang saya hulurkan, hubungi saya segera untuk keterangan lanjut, Jangan segan atau malu untuk berdepan. Hubungi saya dengan masalah hutang lapuk ini.